BAB 5

Romance Completed 8748

Entah apa yang terjadi, Julia menerima mesej daripada bosnya menyuruh dia berjumpa dengannya di hotel yang selalu mereka bekerja. Sejurus dia tiba di tempat itu, matanya meliar.

‘Takkan ada orang kahwin on weekdays. Habis tu kenapa kosong je.’ Cetus hatinya mula tidak sedap.

Selang beberapa minit menunggu dan apabila dia memutuskan untuk meninggalkan tempat itu, kelihatan kereta BMW menjalar di perkarangan hotel. Dia sudah kenal pasti pemilik kereta itu lantas dia bergerak ke arah kereta tersebut.

“Assalamualaikum bos! Nak apa jumpa ni? Kenapa tak ada orang pun bos? Mana orang lain bos? Takkan saya sorang je yang kerja kot?” Dah tubi-tubi soalan dia berikan.

Rahman yang sememangnya ingin berjumpa dengannya segera menyuruh Julia masuk ke dalam keretanya. Julia? Apa lagi! Masuklah naik BMW. Maklumlah dia bukannya datang dari keluarga yang kaya raya. Hanya sederhana sahaja.

Setelah beberapa minit berada di dalam kereta, pusing sana, pusing sini masih belum sampai-sampai, Julia mula membuka mulut.

“Bos, nak pergi mana ni? Dah lama kita naik kereta ni masih belum sampai-sampai pun? Bos nak gi Thailand ke? Tapi saya tak bawa pasport.” Punyalah banyak soalan budak sorang ni. Rahman terus sahaja diam. Dan keadaan itu mula merisaukan Julia yang hatinya sedang gelisah.

“Bos nak culik saya ya? Tapi saya takde apa-apa pun. Betul bos. Saya datang pun bukannya dari keluarga yang kaya macam bos. Kalau bos saya yang culik tu logik jugaklah.” Julia mula dengan karut-marutnya namun Rahman tetap mendiamkan diri. Terhibur juga hatinya dengan telatah Julia begini. Mengarut semacam, macam orang tengah mengigau.

Kereta yang dipandu Rahman perlahan-lahan terhenti di hadapan rumah teres tiga tingkat yang tersergam indah. Terlopong Julia melihat betapa besar rumah ini dengan halamannya yang sungguh indah dengan bunga-bunga yang segar dan tentunya dijaga rapi, lengkap dengan set meja dan kerusi dan buaian.

‘Fuh! Halaman dia je dah sebiji dangan ruang tamu rumah aku. Macam manalah agaknya keadaan dalam rumah ni.’ Detik hati Julia.

Pagar yang mengesan terdapat orang yang dikenali di luar rumah itu segera terbuka.

“Assalamualaikum!” Teriak Rahman.

Julia yang perasan suara Rahman seperti orang yang nak cari gaduh segera menegur.

“Bos ni macam nak cari gaduh je cakaplah lembut sikit macam ni,” Julia menarik nafas dalam-dalam sebelum bersuara.

“Assalamualaikum...” Julia memberi salam dengannada paling lembut. Rahman tertawa kecil melihat telatah Julia yang tidak putus-putus membuat hatinya bergetar.

Serentak dengan itu pintu utama rumah tersebut terbuka. Seorang wanita dalam lingkungan usia awal 50 berdiri di hadapan mereka dengan senyuman.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience