BAB 10

Romance Completed 8748

Pagi esoknya, dia bangun dengan penuh lemah. Handphone yang diletak di atas meja sisi katil diangkat dan ditilik. Hampa. Itulah perasaannya. Hatinya terluka dengan sifat Eddy. Sangkanya Eddy tahu yang dia sekadar bergurau. Julia akui yang kadang-kala guraunya betul-betul di luar jangkaan kerana ideanya yang memang suka merapu itu yang membuatnya terjerumus dalam hubungan yang amat sukar difahami. Bukan itu sahaja, sudah beberapa kali dia kehilangan kawan hanya kerana gurauannya yang melampaui batas.

Dua malam berturut-turut handphonenya bagai mayat hidup. Boleh guna tetapi hanya dipandang. Tiba-tiba telefonnya bergetar tanda panggilan masuk. Hati Julia bersorak. Akhirnya! Namun sekali lagi tergaris kekecewaan di raut wajah itu. Bukan Eddy tetapi adiknya. Namun perbualan itu amatlah tidak menyenangkan.

"Abang cakap ada orang risik kau. Dia dah terima and dia cakap korang akan kahwin secepat mungkin. Kau confirm terkejut kalau kau tau siapa bakal pengantin lelaki dia."

Hatinya mula berdebar-debar. Ya Allah bukan ini yang aku mahukan. Sungguh dia tidak sangka bahawa abangnya sanggup terima risikan dari entah siapa-siapa gerangan itu. Apatah lagi dengan lagu hujung ayat adiknya itu hatinya mula berasa tidak sedap.

"Siapa lelaki tu?" soal balas dari Julia yang mula gelisah.

"Abang Daniel."

"Apa? Macam mana abang boleh terima tanpa bincang dengan aku. Tak cukup lagi ke nak sakitkan hati aku selama ini."

"Johan pun tak tahu kak. Ini pun abang yang minta Johan sampaikan pada akak. Johan minta maaf, kena pergi dulu ni."

"Hmmm. Iyelah."

Ringkas. Padat. Dengan hormat. Tetapi menyakitkan. Mengilukan. Hatinya bagaikan mati. Rohnya bagaikan telah meninggalkan jasad. Mindanya mulai layu.

‘Aku bakal kahwin dengan lelaki ini?’ Hatinya merintih, ‘Tidak! Tidak! Aku takkan biarkan benda ni berlaku saja depan mata aku.’ Hatinya mula membangkang kuat.

Serentak dengan itu, dia meletakkan egonya di telapak kakinya dengan menghantar pesanan kepada lelaki yang disukainya dalam diam.

"Assalamualaikum, maaf kalau mesej saya mengganggu. Tapi saya betul-betul perlukan pertolongan awak. Boleh kita jumpa? Pukul dua petang di Times Square. Saya akan tunggu awak sampai awak datang."

Hati Julia mula tekad. Biarlah dia dibenci oleh adik-beradiknya sendiri. Tapi dia tak akan benarkan orang memijak kepalanya sesuka hati, mengambil kesempatan atas dirinya dalam menentukan hidupnya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience