BAB 4

Romance Completed 8748

Menghampiri jam 6 petang, mereka mula bersurai namun tinggal Julia dan Hafiz sahaja. Julia sedang menunggu kawannya memandangkan mereka sudah plan hendak menonton wayang. Sementara menunggu, Julia mengeluarkan buku dan membacanya penuh khusyuk.

Namun itu semua tidak bertahan dengan lama apabila Daniel duduk di sebelahnya rapat dengan rokok di tangannya. Julia mengangkat sedikit kepalanya. Paling dia tidak suka bila orang rokok dan duduk di sebelahnya. Kalau bau sedap takpelah. Ini tidak, baunya mengalahkan jerebu yang sedang bermusim di negerinya sendiri. ‘Gila, dah jerebu masih nak rokok. Kalau macam ni setiap hari tapi tak mampos jugak nasiblah.’ Getus hatinya. Disambung bacaanya sebelum kedengaran Daniel cuba mengganggunya.

“Sombongnya! Dah duduk sebelah masih tak nak tegur. Yelah, orang tu kan tadi bukan main lagi tengok handphone senyum-senyum sendiri macam orang gila.” Perli Daniel seraya menghembuskan asap rokok.

Julia memandangnya dengan muka hairan.

“Kalau ya pun aku senyum sorang-sorang macam orang gila, ada aku kacau hidup kau?” Balas Julia sambil menjeling menyampah ke arah Daniel.

‘Huh, dah sibuk-sibuk duduk sebelah aku abih nak sakitkan hati aku.’ Dengus hati Julia geram.

“Boleh aku tanya, kenapa kau gembira sangat hari ni? Sampai kau ketawa macam tu tadi. Dalam seumur aku kerja dekat sini, tak pernah pulak aku tengok kau segembira tu.” Tanya Daniel lagi.

‘Berbunyi lagi mamat ni.’ Desus hati Julia rimas.

Julia segera berdiri di hadapan Daniel lalu menempelak, “Eh! Kau jangan jaga tepi kain aku boleh tak? Suka hati akulah nak buat apa pun. Menyibuk!” Lantas Julia berpaling, melangkah ingin meninggalkan Daniel namun tidak sepantas itu apabila dirasa pergelangan tangannya di tarik kasar.

“Oi apa ni pegang-pegang orang?!” Jerit Julia sekali gus menarik perhatian beberapa orang yang berlalu di situ. Lantas dia merentap kasar tangannya tapi ternyata tenaganya tidak sekuat lelaki di hadapannya ini.

Daniel perlahan-lahan bangun lalu mendekati Julia. Mukanya begitu dekat di sisi muka Julia ketika ini. Hingga Julia sendiri menelan air liur.

“Janganlah macam gitu sayang. Malu orang nampak. Kasar sangatlah awak ni. Cuba pelan-pelan sikit taklah nanti orang tengok awak syok sangat tengok saya.” Bisik Daniel lembut betul-betul di cuping telinganya.

Julia yang sememangnya sudah berapi itu semakin bernyala apabila diperlakukan begitu. Lantas dia menyiku perut Daniel dengan kuat. Daniel segera melepaskan pautannya pada gadis itu. Julia yang masih tidak puas hati segera menendang celah kelangkang lelaki itu sebelum membawa berlalu dari situ.

Daniel yang sedari tadi mengerengkot kesakitan segera bangun. Nasib baik takde orang lalu semasa dia ditendang. Lantas senyuman muslihat terukir di bibir tanpa sedar gerak-gerinya diperhatikan sepasang mata.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience