BAB 9

Romance Completed 8748

Setelah kembali dari tanah perkuburan, Julia segera masuk ke bilik. Air mata yang ditahan sepanjang hari tadi terhambur penuh kesedihan. Entah kepada siapa dia ingin hamburkan. Lantas tangannya mencapai telefon bimbitnya.

Sudah diagak, si dia sedang menunggu balasan mesej darinya sejak subuh tadi. Berpuluh mesej dihantarkan kepada Julia. Pertanyaan yang dilemparkan semuanya kedengaran risau. Julia pantas menaip.

"Assalamualaikum awak, saya minta maaf sebab tak balas langsung mesej awak. Bukan sebab saya tak nak tapi ada hal yang terjadi."

Setelah dihantar mesej, Julia ingin melelapkan sebentar matanya. Namun getaran dari telefon bimbitnya tanda mesej masuk membatalkan niatnya. Pantas inbox dibuka.

"Waalaikumsalam, kalau awak sudi kongsi dengan saya, boleh awak ceritakan apa yang terjadi?

"Mak dan ayah saya baru pergi buat selama-lamanya."

Mesej baru masuk lagi.

"Innalillah...Salam takziah awak. Awak kena kuat ddan banyak bersabar. Ini ujian buat awak. Jangan jadi lemah sebab sememangnya kita sudah maklum setiap yang hidup pasti akan mati bukan? Harap awak tabah dengan ujian dariNya. Awak jangan risau, saya sentiasa ada untuk awak."

Hati Julia sebak, terharu. Dalam dia keseorangan, ada juga seseorang yang sudi bersamanya ketika dia dilanda ujian begini. Lelaki ini sahajalah yang sudi menerima siapa dirinya yang sebentar. Seketika mindanya terimbas semula titik-titik permulaan mereka mula berkenalan.

“Assalamualaikum. Kita pernah jumpa ke?” Sapaan dari suara garau di belakangnya memeranjatkannya. Pantas kepalanya ditoleh.

“Waalaikumsalam,” dahi Julia berkerut seperti cuba mengingatkan di mana dia pernah berjumpa dengan jejaka di hadapannya. Serentak fikirannya
teringatkan wajah yang tidak pernah dia jumpa muka ke muka tetapi hanyalah di laman sosial. Hatinya melonjak gembira.

“Eddy!” Jeritnya teruja. Sungguh dia tidak sangka dapat menemui dengan tidak sengaja dengan lelaki yang mengharungi dang setia mendengar setiap masalahnya. Senyuman lebar terukir di bibir lelaki tersebut . Sudah dijangka, gadis itu pasti mengingatinya.

“Julia apa khabar?” Soalnya lembut.

“Saya baik, alhamdulillah,” hati Julia bergetar. Suara lembut lelaki itu melemahkan hatinya, “awak pula?”

“Alhamdulillah, biasa-biasa saja.” Senyuman masih terukir di bibir. Lelaki ini memang sungguh murah dengan senyuman. Wajahnya yang bujur sirih dengan kulit hitam manis, mata sedikit kuyu. Siapa yang melihat senyumannya pasti akan tertawan. Namun dia akui hatinya mula menyukai jejaka yang telah berjaya mengambil hatinya bukan kerana rupanya tetapi sifatnya ambil beratnya.

“Awak balik seorang malam-malam macam begini, tak takut kene culik ke?” Nada risau mula melantun dari kedua ulas bibir Eddy sekali gus membuat hati Julia berbunga.

“Siapa yang nak culik saya? Tak perlu nak culik sebab saya memang rela serah diri saya saja.” Tanpa sedar Julia sedikit terlanjur dengan kata-katanya. Dapat dilihat air muka Eddy berubah apabila kata-kata itu meluncur dari bibirnya. Dia mula merasa bahang ketidak-selesaan antara mereka. Pantas dia segera meminta diri. Tidak tahu bagaimana hendak digambarkan perasaan malunya kepada Eddy.

‘Pasti dia fikirkan aku ni macam perempuan murahan. Sanggup jual body dekat orang good looking. Ya Allah, pasti Eddy akan mula pandang aku serong.’ Cetus hati Julia penuh dengan kesalan dengan keterlanjurannya.

Sepanjang malam itu, Julia menunggu ketibaan mesej daripada Eddy untuk mengejutkannya tapi handphonenya dipandang sepi. Sesepi menunggu yang tidak pasti. Hatinya mula rawan. Fikirannya mula berfikiran negatif.

‘Macam mana kalau dia dah tak nak mesej aku lagi? Macam mana kalau dia jauhkan diri dari aku? Nanti siapa nak bagi aku semangat? Siapa nak nasihatkan aku? Siapa nak betulkan salah aku? Siapa nak kejutkan aku bangun tahajud? Siapa nak dengar masalah aku? Siapa nak teman aku mesej sampai tidur?’
Sungguh dia tak sangka kedatangan Eddy telah mengubah hidupnya hampir 100 peratus. Dia mula sebak. Hatinya pilu bila mengingatkan yang dia bakal kehilangan satu-satunya kawan baiknya yang tidak pernah putus memberinya segala yang dia ada.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience