BAB 1

Romance Completed 8748

Pagi yang Julia harapkan dimulakan dengan penuh aura positif tanpa masalah ranap dalam sekelip mata apabila dengan sengajanya manusia yang paling dibencinya dilihat sedang menyelongkar biliknya. Dia yang sememangnya tidak suka orang menyelongkar barang peribadi dan tempatnya lantas memukul abangnya itu.

“Apa yang kau buat ni? Kau fikir aku ni apa? Bodoh!” Kata-kata kesat mula keluar dari kedua ulas bibir Julia. Sungguh dia meluat dengan keluarganya sendiri yang disifatkan tidak putus-putus menyakiti hatinya.

Kedengaran loceng rumah berbunyi. Lantas Puan Janna, emaknya membuka pintu.

“Assalamualaikum. Kami menerima laporan bahawa ada pergaduhan di sini. Betul ke?” tanya polis di muka pintu rumah itu. Seorang lagi anggota polis berdiri di belakangnya.

“Ya, betul. Silakan masuk tuan polis.” Ujar Encik Jihan, ayah Julia.

Kaki kedua anggota polis melangkah masuk. Ruang tamu yang sudah rabak dikerjakan Julia dan abangnya diamati dengan dalam oleh kedua polis itu.

“Pergaduhan hebat agaknya ni...” Gumam polis yang bercetak nama ‘Basri’ di tagnya.

“Sorry?” Gumaman itu ditanya oleh bapa Julia.

“Jadi encik, boleh terangkan apa yang terjadi?” Polis yang bertag nama Ali pula membuka mulut berbicara.

Lantas bapa Julia menerangkan apa yang terjadi tetapi ceritanya nampak sangat menyalahkan Julia seratus peratus. Dia memang sudah maklum dengan perangai kedua ibu bapanya yang suka memilih kasih.

Maklumlah, abangnya sudah bekerja dan sering membelanja ahli keluarganya dan memberi kemewahan kepada mereka melainkan Julia. Nak balas budi macam gini ke? Nampak sangat mata duitan. Namun dia tahu sejarah hitam di sebalik tiap ahli keluarganya yang tidak pernah disebut oleh sesiapa tetapi jikalau kesalahannya sering sahaja diungkit.

“Kenapa awak buat macam tu dekat abang awak? Awak tahu tak dia tu abang awak? Tak sepatutnya awak melakukan perkara itu kepadanya. Sila hormat orang yang lebbih tua.” Nasihat polis itu.

“Encik polis, kalau encik nak nasihatkan saya, saya tak mahu dengar lagi dah. Saya tak buat salah pun, mereka-mereka ini akan sengaja cari pasal untuk menaikkan kemarahan saya dan sengaja suka cari gaduh. Lagi pun, lelaki tak guna ni yang mulakan dulu semua pergaduhan ini. Jadi kalau encik nak nasihatkan saya lagi, terima kasih sajalah.” Julia sudah buat muka tak puas hati terhadap kedua-dua polis di hadapannya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience