BAB 6

Romance Completed 8748

“Rahman! Jemput masuk, dah lama tak nampak. Anak ni siapa?” Sambut wanita itu mesra lalu matanya menyapa Julia seketika.

“Mak, ini Julia. Julia, ini Mak saya, pengurus rumah ni dan juga ratu hati saya.” Juia menghulurkan tangannya lalu menyampaikan senyuman manis untuk wanita tua itu.

“Jemputlah masuk.” Undang Mak dengan senyuman lebar.

Masuk sahaja di dalam rumah tersebut, Julia seakan berada di dalam syurga dunia. Mewah! Besar! Teratur! Bersih! Sungguh berbeza dengan rumah yang didudukinya dengan keluarganya. Matanya seakan hendak terkeluar. Mulutnya seakan tidak mahu menutup.

“Ehem!” Rahman berdehem hingga mengejutkan Julia dari lamunannya dengan rumah tersebut. Pantas dia tertunduk malu dengan perlakuannya yang seakan tidak pernah masuk rumah tiga tingkat. Tapi memang inilah pertama kali dalam hidupnya.

Mak kembali dengan dua cawan, sejag teh dan sepinggan keropok.

“Terima kasih Mak buat susah-susah je.” Ujar Rahman lembut.

“Mana ada susah, anak Mak juga yang datang.” Balas Mak sambil tersenyum simpul. Ruang tamu itu rancak dengan perbualan antara Mak dan Rahman. Julia sekadar diam, tersenyum dan sekali-sekala menjawab apabila ditanya. Matanya masih tidak puas meratah keindahan ciptaan manusia. Dia masih ingin melihat lebih lagi. Lantas dia meminta diri untuk ke tandas.

Sesampai sahaja di hadapan pintu tandas, masya Allah, sungguh tidak terkata. Tiga kali besar tandas rumahnya yang digabung oleh dua tandas berbeza.
Setelah diamati barang-barang yang terdapat di dalam tandas, dia berniat untuk keluar namun baru sahaja dia hendak memulas tombol pintu, terdapat ketukan dari luar.

“Hey, cepatlah abang dah tak tahan nak buang ni.” Tergamam Julia seketika. Suara itu dia amat kenal! Suara yang paling dibencinya semenjak insiden beberapa minggu lalu terjadi yang mencabar maruahnya. Tanpa dapat menahan kemarahannya, Julia memulas tombol itu dengan kuat lalu keluar menghadap pemilik suara itu. Ternyata pemilik suara itu juga terkejut.

“Julia! Apa kau buat sini?” Tergagap-gagap suara Daniel menanyakan soalan.

“Apa yang kau buat dekat sini?” Julia mengajukan semula soalan dengan menekan kuat perkataan kau.

“Ini rumah aku!” Gertak Daniel kuat.

“ Rumah kau?!”

“Ya, kau sibuk dekat sini buat apa? Nak lagi ke?” Daniel tersenyum sinis.

Meluap kemarahan Julia apabila maruahnya dipermainkan lagi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience