BAB 8

Romance Completed 8748

Semenjak itu, dia tidak lagi bekerja dengan Daniel. Rahman yang bagaikan memahami keadaan mereka berdua memang sengaja tidak meletak Daniel bekerja satu tempat dengan Julia lagi.

Julia tersenyum lebar. Mesej dari si dia yang kian hari membuat hidupnya lebih bermakna itu sungguh menceriakan tiap-tiap hari yang diharunginya. Tidak pernah walau sehari pun si dia gagal mengejutkannya untuk solat, kerja dan lain-lain. Hari- hari yang bakal ditempuhinya amatlah ditunggu-tunggu asalkan si dia tetap berada di sisinya.

Namun kegembiraannya tidak bertahan lama apabila adiknya menghantar pesanan bahawa kedua ibu bapanya terlibat dalam kemalangan yang mengerikan dan dalam telah meninggalkan mereka semua dalam perjalanan ke hospital.

Julia terkedu. Walaupun dia tahu ibu bapa kandungnya itu tidak pernah suka padanya kerana ketika dia di dalam kandungan ibunya bapanya pernag bermain kayu tiga di luar, tetapi mereka yang telah mengasuh dirinya sejak kecil walaupun dia mula berdikari sejak umur 17 tahun, namun dia tetap menghormati mereka.

Dia bersiap-siap ke rumah kedua ibu bapanya di mana jenazah mereka telah dihantar ke sana untuk dimandikan. Suasana di luar pintu rumahnya penuh dengan selipar. Sofa-sofa semua telahpun dibawa keluar bagi mengizinkan lebih ramai tetamu untuk masuk ke dalam rumah.

Johan, adiknya segera menerpa ke arah Julia apabila terperasan kelibatnya.

“Kau seorang saja ke?” Tanya adiknya.

“Yalah. Kau nak akak datang dengan siapa?” soal Julia kembali.

“Jamaludin semua mana?” Soal Julia sambil matanya meliar mencari kelibat adik-beradiknya yang lain.

“Maksud kau? Kau sorang je ke? Yang lain semua tak ada?”

Johan kelihatan menggeleng perlahan. Hampir terduduk dia mendengarnya. Sejahat-jahatnya dahulu, dia tidak pernah berniat untuk tidak datang pada hari pengebumian kedua ibu bapanya.

Sepanjang hari itu, hanya Julia dan adiknya sahaja yang berada di situ. Tidak menang tangan mereka untuk menyambut tetamu dan menguruskan segala urusan.

Sedih atas pemergian ibu bapa mereka serentak dengan keadaan di dalam rumah. Tiada satu pun wajah yang pernah mereka bermain bersama, bergaduh bersama. Entah ke mana mereka lenyap.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience