BAB 3

Romance Completed 8748

Julia dari tadi melihat telefon bimbitnya. Senyuman yang terukir itu kelihatan manis sekali. Jarang sungguh dia hendak tersenyum. Mukanya sering kali masam sahaja.

Daniel yang sedari tadi memerhatikan Julia mula mendekatinya perlahan-lahan.

“Haaahhh!” Jerkah Daniel dari belakang.

Telefon bimbit yang ditilik Julia segera terjatuh. Bahunya terhinjut sedikit. Mujur tak melatah perkataan yang bukan-bukan. Dia merenung tajam Daniel yang sedang mentertawakannya dengan beberapa rakan kerjanya itu. Dia paling benci sekali manusia-manusia yang menjerkahnya dari belakang kerana semangatnya lemah. Lantas dia mengutip balik telefon bimbitnya yang terjatuh itu dan bergerak menghampiri Daniel yang sedang seronok mentertawakannya dengan air minuman kotak Milo di tangannya.

Shuuuuuuuuuusshhhh! Habis kuyup baju kerja Daniel akibat dituang air Milo. Pantas dia menoleh ke belakang dan melihat wajah baran Julia ‘I’m dead,’ bisik hatinya. Bukan dia tak tahu bila Julia naik hantu habis orang di sekelilingnya dihamun.

Dia menutup mata menantikan apa yang akan terjadi seterusnya memang sudah dijangka. Namun setelah beberapa saat dia masih tidak rasa apa-apa. Lantas dibuka matanya perlahan-lahan dan serentak dengan itu terletus ketawa daripada mulut Julia yang tentunya mengejutkan Daniel dan juga rakan-rakan kerjanya. Pertama kali dia melihat Julia ketawa sebegitu.

Begitu ikhlas. Mukanya tampak lebih manis begitu. Lesung pipitnya boleh dilihat dengan jelas.

“Lawak betul muka kau macam tu. Agaknya kalau aku sepak kau macam aku selalu buat muka kau mesti macam katak tahan kentut kan? Hahahahahaha!” Juliamenyambung tawanya tanpa menghiraukan rakan kerja di sekelilingnya yang sedang melihatnya dengan pelik.

Rahman, bos Julia yang juga sedang memerhatikan gelagatnya itu segera menghuraikan mereka.

“Dah, dah. Apa ni kumpul-kumpul? Pergi buat kerja cepat.” Arahnya tegas walaupun dia sendiri terkejut melihat Julia begitu. Tidak pernah dia lihat Julia sebahagia itu. Selalunya hendak mengukirkan segaris senyuman pun susah inikan pula ketawa.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience