Bab 1

Romance Completed 5942

TIKA CINTA HADIR
DEWI AHKIALUZ

Bab 1

Rintik-rintik hujan dipandang Izwan tanpa perasaan. Sebentar tadi dia terkenangkan wajah adiknya yang menangis sakan kerana di tinggalkan lelaki pujaan. Sesekali dia juga turut merasakan tempias.

“Along mana tahu perasaan Rehan. Rehan memang sayang dia tapi dia tu suka main-mainkan Rehan.”luah Rehan dengan pandangan matanya yang tajam menikam wajah Izwan.

Izwan mencebik. “Along dah cakap dah. Kau dengan dia tak akan lama punya. Lepas SPM dah break. Cinta monyet.”bidas Izwan.

Dia merapati Rehan yang duduk di atas katil dengan memeluk kaki. Dia kesian dengan Rehan tapi ini yang sebenarnya di pilih Rehan. Selepas Adila melanjutkan pelajaran ke U.K, Rehan banyak berbual dengannya.

“Rehan nak bagi tahu Kak Dil tak?”provok Izwan.

Dia ingin tahu sama ada Rehan sanggup memberitahu Adila mengenai ceritanya atau hanya ingin berdiam diri. Jika dulu ada masalah, Adila yang menjadi tempatnya meluahkan perasaan dan mengadu.

Rehan mengeleng.

“Kak Dil tengah susah hati pasal Abang Em. Rehan tak nak kacau dia. Along..Rehan ni bodoh ke?”soalan daripada Rehan mendapat senyuman sinis daripada Izwan.

“Rehan..kau adik along yang paling bodoh kau tahu tak. Walaupun dulu along rasa Kak Dil kau lagi teruk tapi jelas sekarang kau lagi teruk dari dia. Menangis sebab cinta monyet. Satu tindakan yang kebudak-budakkan.”

Rehan hanya dia mendengar penjelasan abangnya. “Memang Rehan ni budak-budak lagi.Dah jadi lumrah manusia jatuh cinta.”jawab Rehan lantas mengelap air matanya yang mengalir perlahan di pipi.

Izwan tergelak kecil.

“Ye..lumrah manusia yg macam Rehan.Walaupun Rehan adik tiri Along tapi Along tetap sayang”bidas Izwan terus bangun dari duduknya dan berjalan keluar dari bilik adiknya yang masih menangis kesal.

Hanim memandang Izwan dengan pandangan yang tajam. Hatinya panas memikirkan keputusan yang diambil oleh Izwan. Apa sebenarnya yang difikirkan lelaki ini? Apa yang diharapkan sebenarnya dengan hubungan yang telah terjalin sekian lama.

“Wan,terus terang dengan Hanim. Apa masalah sebenar kita. Kenapa nak putuskan pertunangan ni?”Hanim menuntut jawapan sebenar daripada Izwan yang dari tadi banyak mendiamkan diri.

Izwan menoleh memandang Hanim.

“Hanim, hubungan kita ni bukan atas dasar cinta kan? Hanim tak cintakan saya kan?”duga Izwan tepat memandang wajah Hanim yang jelas tersentak dengan jawapan yang keluar dari mulut jejaka itu.

Hanim melarikan pandangan matanya. Dia cuba untuk tidak menjawab soalan yang keluar dari lelaki itu.

“Answer me Hanim.”pinta Izwan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience