Bab 12

Romance Completed 5942

Bab 12

Izwan memandang Hanim tajam. “Apa semua ni Hanim?”duga Izwan.

Hanim hanya tersengih.

“Hanim sebenarnya tak suka Izwan rapat dengan Denia atau siapa-siapa selain Hanim sorang tapi Izwan tak pernah tahu perasaan Hanim yang sebenarnya. Sekali lagi hati Hanim tawar. Bila Hanim duduk rumah Pak Cik dan Mak Cik,kami ada berborak tentang kami dan pada masa tu Hanim sekali lagi jatuh cinta pada dia selepas pertama kali jumpa dia.”

“Serius sekali lagi Hanim kecewa bila dia kata yang hubungan kami ni beban pada dia padahal pada Hanim..pertunangan ni dah bantu Hanim masa berkerja. Hanim lebih dihormati di office sebab Hanim tunang Izwan. Pada mulanya Hanim bangga tapi sekarang tak lagi.”

“Hanim rasa dah sampai masa kami berterus terang depan mama,mak cik dan pak cik. Izwan, Hanim pulangkan cincin ni. Awak dan saya tak sesuai bertunang lama-lama. Kita sepatutnya dah berkahwin. Awak pun bukannya muda lagi.”ujar Hanim sambil menghulurkan cincin tunang yang dibuka dari jari manisnya.

Kelihatan bekas cincin di tangannya. Tiba-tiba air mata Izwan menitis. Dia merenung wajah Hanim yang tersenyum sahaja. Perlahan-lahan dia bangun dari duduknya. “Maafkan saya Hanim. Saya tak ada niat nak buat awak tertunggu-tunggu. Saya cuma bergurau bila kata pertunangan kita ni beban bagi saya. Saya bangga jadi tunang awak Hanim Humaira. Awak seorang gadis yang menjadi perhatian di office dan akan jadi milik saya. Milik saya seorang.”

Luahan rasa daripada Izwan membuatkan Hanim tertawa kecil. Pn.Dahlia dan Pn.Aisya bersama En.Lan meninggalkan anak mereka sendirian.

“Awak pun milik saya sorang. Saya tak nak awak keluar dengan perempuan lain tanpa saya kecuali urusan kerja. Lagi satu..jangan suruh saya simpan cincin tunang tu..saya nak cincin tunang yang lain. Cincin ni tak ada harapan awak pada saya.”ujar Hanim laju.

Izwan tersenyum kecil. “Saya sayang awak. Sayang awak bila awak simbah saya dengan tepung,cinta awak bila awak menunggu saya,kasihkan awak bila awak cemburukan saya dan rindukan awak bila sedia menjadi isteri saya.”

“Sayang! Ajmi nangis ni.”jeritan Izwan dari luar bilik membuatkan Hanim yang baru selesai mengerjakan solat terkocoh-kocoh mendapatkan anak lelakinya yang berusia dua tahun menangis sambil memegang kepalanya. Tiga tahun berlalu dengan pantas. Hanim bangga dengan kehidupannya sebagai seorang pekerja yang berdedikasi,isteri yang memahami serta ibu yang penyayang..

Hanim mendukung Ajmi yang masih melelehkan air matanya. “Sayang..jangan nangis. Tell me..siapa buat. Tunjuk.”arah Hanim kepada anaknya.

Izwan yang duduk di sofa hanya tersenyum memerhati.

“Pa..papa”jawab anak kecil dengan wajah yang dicebikkan.

Hanim menjeling suaminya yang sudah mendekati mahu mendapatkan ajmi. “Ok,sorry ajmi. Papa tak sengaja. Mana papa tahu Ajmi ada belakang papa. Tup-tup tengok Ajmi jatuh pastu menangis.”ujar Izwan memberi penerangannya.

Hanim mendengus. “Abang ni selalu langgar budak ni. Mesti kepala terhantuk simen. Asyik pegang je ni.”luah Hanim mengosok-gosok kepala anaknya.

Izwan tersengih. “Sikit la. Alah bukannya sakit sangat pun. Saja je nak awak peluk dia lebih.”

Hanim memandang Izwan hairan.

“Abang, tadi abang bukan kata nak pergi office ke?”soal Hanim pelik.

Izwan hanya tersengih. “Malas la. Lagipun abang nak duduk rumah. Nak tengok video kahwin kita.”ujar Izwan lantas tersenyum pula.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience