Bab 4

Romance Completed 5942

Bab 4

Hanim tersenyum kecil. Jelas dia bangga dapat mengenakan Izwan. Dia masih ingat lagi saat-saat Izwan mahu memutuskan pertunangan mereka.

“Saya rasa kita memang sepatutnya putuskan pertunangan ni.”ujaran Hanim membuatkan Izwan mahupun Rehan tersentap.

“Kak.”tegur Rehan perlahan.

Hanim menoleh memandang Rehan. “Tak pe Rehan. Izwan, saya doakan kebahagiaan awak. Semoga hubungan awak dan orang yang awak suka tu berkekalan.”sambung Hanim perlahan.

Rehan mengeluh kecil. Izwan hanya diam kemudian dia meraup wajahnya. Kelihatan sedikit kesal pada wajah itu.

“Awak pun. Saya doakan kebahagiaan awak dengan orang yang awak suka. Terima kasih kerana terima cadangan saya untuk putuskan pertunangan kita ni.”balas Izwan terus meninggalkan dapur rumah.

Rehan terdiam. Dia kaku dan tidak tahu apa yang harus disuarakan. Hanim tersenyum seketika sebelum dia mula meneruskan kerjanya menguli tepung.

Irfan memandang Izwan yang jelas mendiamkan diri di buaian besi di laman rumah. Hanim yang masih bersama Rehan di dalam bilik kedengaran gelak tawa. Sesekali Irfan turut tersenyum mendengar tawa kakaknya. Rehan kalau bab gelak..dia yang menang.

“Along..okey ke?”soal Irfan setelah lama mereka berdiam diri.

Izwan memandang Irfan kemudian tersenyum kecil lantas menganggukkan kepalanya. Irfan juga tersenyum membalas senyuman Izwan. Izwan lantas mendiamkan diri kembali. Dia sebenarnya tidak tahu apa yang boleh dibualkan dengan Irfan. Jurang umurnya dengan Irfan terlalu besar.

“Along..Irfan tanya sikit boleh?”sekali lagi Irfan mula membuka cerita. Izwan hanya mengangguk kemudian memandang Irfan yang cuba mengeluarkan suaranya yang jelas tenggelam.

“Along tak suka Irfan ke?”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience