Bab 6

Romance Completed 5942

Bab 6

Hanim hanya sepi. Izwan memandang Hanim dengan pandangan teruja. “Hanim pulak? Macam mana hidup sebagai tunang wan?”

Dada Hanim tiba-tiba berdebar-debar. Inilah kali pertama Izwan mahu berceita dengannya dan menyoal perkara yang menarik perhatian sebelum ini mereka banyak bergaduh dan kadang kala kalau berjumpa hanya mendiamkan diri.

“Erm..hidup sebagai tunang Izwan tak lah susah mana bagi Hanim. Rasa terbeban pun tak ada tapi rasa lega. Bila cincin ni tersarung pada jari Hanim..budak office dah kurang sakat Hanim. En.Omar pun dah tak jeling-jeling Hanim.”ujar Hanim sambil tersenyum senang. Izwan juga ikut tersenyum.

Hanim merenung cincin di jari manisnya kemudian dia menoleh mencari wajah Izwan yang mendongak melihat langit. “Dulu ada juga budak office ajak makan malam.Sikit punya glabah budak tu bila tahu Hanim tunang Wan. Yelah..Tuan Izwan ni bukan calang-calang orang dalam syarikat. Orang kanan Datuk Rahmat.”usik Hanim apabila Izwan mula menumpukan perhatiannya pada ceritanya.

Izwan tersengih. Bukan makna dia bangga tetapi ada kelainan pada suara milik Hanim malam ini.

“Hanim..cincin tu..Hanim simpan. Kita ni banyak buang masa kan? Mungkin tak bagi Hanim tapi bagi Wan. Setahun kita bertunang tapi hati dan perasaan kita tak pernah bersama macam malam ni. Kita tak pernah tetapkan tujuan hubungan kita. Rasa macam tak berbaloi setahun tu.”tutur Izwan dalam keluhannya.

Hanim tersenyum. “Tak baik mengeluh.”ujarnya dengan senyuman mengusik.

Izwan tersenyum tawar. “Hanim perli saya ye.”

Hanim tersengih. “Mana ada. Nasihat.”jawabnya selamba.

Gigi Izwan kelihatan apabila dia tersenyum. “Terima Kasih.”ucap Izwan sedikit perlahan. Seakan-akan berbisik.

San San memandang wajah Hanim yang monyok. Keluar sahaja dari bilik mesyuarat dengan ketua bahagian Hanim terus duduk di dalam biliknya tanpa mahu keluar. Terpaksalah San San meninjau sahabatnya.

“Hanim, kenapa ni Encik Omar tak puas hati dengan kerja kita ke?”soal San San dengan pelat cinanya.

Hanim hanya mengeleng. Bukan En.Omar yang tidak puas hati dengan hasil kerja bahagian pemasaran tapi orang kanan Datuk Rahmat. Tuan Izwan. Bakal bekas tunangnya!

“Tak. Tuan Izwan tak puas hati dengan hasil kerja kita. Dia suruh tingkatkan hasil kita bulan depan. Projek dengan Diacter Plan Tuan Izwan minta kita lebih serius sebab itu major projek untuk tahun ni.”jawab Hanim lancar dengan nada geramnya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience