Bab 9

Romance Completed 5942

Bab 9

Matanya melilau memandang kawasan sekeliling yang di terangi lampu jalan dan stadium. Izwan tersenyum. “Saya tahu sebab tu saya suruh ibu buatkan kuih pelita untuk Hanim. Nak dapat kuih pelita ni bukan senang kalai bukan bulan ramadhan tapi saya tahu Hanim mesti suka. Pasal kerja..saya harap Hanim tak putus asa sebab nama Hanim dicalonkan untuk mengantikan En.Omar. ini maklumat sulit..mungkin 2 hari lagi surat tawaran ada atas meja Hanim.”kata-kata Izwan membuatkan Hanim melopong. Lantas mulutnya kembali di rapatkan.

“Hanim,jaga kesihatan.”sambung Izwan kembali.

Hanim hanya mengangguk kepalanya. Suasana kembali sunyi tanpa kata daripada Izwan mahupun Hanim.

“Wan..mama saya tanya bila keluarga awak datang nak putuskan pertunangan kita?”soalan yang meniti di bibir Hanim membuatkan Izwan terdiam.

Izwan hanya tersenyum. “Hanim,saya balik dulu. Hanim bawa kereta baik-baik.”ucap Izwan sebelum dia memboloskan dirinya ke dalam kereta. Seketika itu dia memehatikan Hanim yang mengeluh.

Wahai gadis,benarkah kau ingin perpisahan ini? Tidak pernahkah hatimu terpaut dengan aku seperti mana aku terpaut dengan budimu.

“Eh! Yang awak sibuk nak ikut saya ni kenapa? Saya nak pergi shopping barang perempuan la.”marah Hanim apabila melihat Izwan sudah terpacak di hadapan rumahnya. Penuh sopan Izwan menemui mamanya. Berlakon! Bisik hati kecil Hanim.

Izwan hanya tersengih.

“Saya pun nak shopping barang perempuan juga.”jawab Izwan selamba. Ketika itu Hanim terus berpusing memandang Izwan yang turut tersentak dengan perbuatan Hanim berhenti secara tiba-tiba.

“Apa? Awak nak beli barang perempuan? Gila?”duga Hanim dengan matanya yang dibesarkan memandang Izwan. Izwan yang mula-mula kecut tersengih sahaja. Dia menarik tangan Hanim lantas digengam. Hanim terdorong mengikut langkah Izwan. Dia cuba melepaskan gengaman Izwan tetapi pegangan tangan itu semakin kejap.

Hanim mendengus. “Lepas la. Izwan, tolong jangan beri harapan pada saya.”ujar Hanim lemah. Dia terasa sebak dengan perbuatan Izwan. Selama setahun mereka bertunang tapi inilah kali pertama mereka berjalan seiringan.

Izwan memandang wajah Hanim yang mula pudar. “Saya yang inginkan harapan itu daripada awak.”bidas Izwan.

Hanim hanya diam. Dia terdiam mendengar jawapan Izwan. Apa yang lelaki ini cuba katakan? “Ok,tapi lepaskan tangan saya.”pinta Hanim perlahan.

Izwan melepaskan dengan keluhan.

Hanim memandang Izwan. “Awak nak beli barang perempuan untuk siapa? Bakal tunang?”soal Hanim selamba tanpa menunggu jawapan daripada Izwan dia mula melangkah. Izwan hanya memandang sahaja. Dalam hati dia bengang tapi ini salahnya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience