Bab 5

Romance Completed 5942

Bab 5

Izwan mengerutkan dahinya. “Kenapa tanya soalan macam tu?”duga Izwan. Dia tidak pernah tidak menyukai Irfan. Dia sayangkan semua adik-beradiknya walaupun hanya beradik tiri.

Irfan mengeluh kecil. “Entah. Irfan rasa yang along lebih selesa berbual dengan Kak Dil dan Kak Rehan berbanding Irfan padahal kita sama-sama lelaki.”luah Irfan dengan suaranya yang sedikit perlahan.

Izwan hanya tersenyum. Bukan dik, along bukan tak mahu berbual dengan kau tapi kau yang sepertinya menjauhkan diri daripada along.

“Tak baik mengeluh. Along pun tak tahu. Mungkin jurang umur kita. Lagipun kita tak selalu jumpa. Senang cerita kita tak rapat. Mungkin salah Along sebab tak nak rapatkan diri dengan Adik.”jawab Izwan dengan sebaik mungkin. Dia tak mahu Irfan terasa dengan jawapannya.

Irfan tersenyum. “Bukan sebab kelahiran Irfan membuatkan ayah dan ibu pinggirkan along?”duga Irfan pula.

Izwan yang mendengar soalan itu terdiam sebentar. Memang,kelahiran kau membuatkan hubungan kami sedikit rengang tapi mereka masih ayah dan ibu along ,dik. “Erm..sikit la tapi tak kisah la. Along abang Irfan. Irfan adik along. Kalau Kak Dil dan Kak Rehan rapat dengan along tak mustahil Irfan pun boleh.”

Jawapan Izwan membuatkan Irfan tersengih. “Along tak marah Irfan?”

“Saya tak marah Hanim la.”ujar Izwan yang tersengih di hadapan pintu rumahnya. Malam ini Hanim akan tidur di rumahnya. Hanim yang baru keluar untuk menghirup udara segar tersentap dengan kehadiran Izwan yang masih berada di beranda rumah.

Hanim duduk bersebelahan Izwan di bangku kayu ciptaan En.Lan.

“Setahun kita bertunang. Selama setahun tu Wan rasa terbeban ke?”petanyaan Hanim membuatkan kening Izwan terangkat. Dia menoleh memandang Hanim yang memandangnya.

Izwan tersenyum. Jelas kelihatan lesung pipitnya. Hanim menelan air liurnya. Kenapa muka tunang aku ni kacak sangat ni? Dugaan nak putus tunang ke?bisik Hanim dalam hati. Hati kecilnya tersenyum riang. Gila.

“Agak la.”jawab Izwan sepatah.

Hanim yang memuji ketampanan Izwan lantas menarik balik kata hatinya. Ceh! Buang masa aku puji je. Last –last kau jadi milik orang. Bukan aku punya. “Betul ke?”soal Hanim inginkan kebenaran.

Izwan tergelak. “Yelah..mana tak nya. Kalau saya nak keluar mesti ibu tanya nak pergi mana? Nak jumpa Hanim ke? Kirim salan dia ye Wan. Nasib baik ayah cool je.”tawa Izwan kedengaran

“Ada lagi tu. Kalau dekat office terserempak dengan Datuk Rahmat mesti dia tanya tunang sihat Wan?” Izwan tergelak kecil. Kelihatan dia bahagia. “Saya pun terkelu nak jawab sebab kita bukannya selalu jumpa. Nak call pun susah lagi lah jumpa.”Izwan tersenyum.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience