Bab 10

Romance Completed 5942

Bab 10

Izwan cuba menyaingi Hanim yang sudah melangkah jauh ke hadapan mendapatkan kereta miliknya. “Saya nak belikan barang sikit untuk Rehan. Lagipun saya dah ada tunang dan kami akan bernikah setahun dari sekarang. Itu pun kalau tunang saya tak ungkitkan pasal hal putus tunang.”bicara Izwan pantas. Sebelum Hanim mahu menjawab kata-katanya Izwan terus menarik Hanim ke keretanya.

“Naik kereta saya.”

Pn.Aisya memandang bakal besannya dengan wajah yang sedih. Sesekali dia memandang tajam ke arah Izwan yang sudah memalukan dirinya. En.Lan hanya sepi di sebelah Izwan. Sesekali dia menepuk belakang anak muda itu.

Pn.Dahlia hanya tersenyum melihat kedatangan Pn.Aisya sekeluarga.

Hanim yang baru keluar dari dapur bersama Rehan tersenyum sahaja. Rehan pula kelihatan tidak menentu. Bukan hal Izwan dan Hanim sahaja membuatkan dia tidak selesa tetapi pandangan mata daripada anak angkat Pn.Dahlia, Fikri membuatkan dia tidak senang.

“Hanim duduk sini.”ajak Pn. Dahlia apabila Hanim mula mengorak langkah ke dapur. Hanim hanya menurut kata. Fikri mula bangun dari duduknya. Dia berjalan keluar dari ruang tamu. Tidak mahu menganggu hal orang tua.

Rehan juga turut bangun dari duduknya apabila melihat ayah memandangnya memintanya tidak turut serta dengan perkara ini.

“Lia..aku minta maaf. Anak kita tak sesuai untuk di jodohkan.”ujar Pn.Aisya sambil memandang Hanim penuh perasaan sayunya. Izwan hanya memandang lantai dengan harapan supaya perkara ini dicepatkan mengikut permintaan Hanim sendiri.

Hanim hanya tersenyum. Senyuman itulah yang membuatkan Izwan rasa sakit. Sakit kerana terasa di permainkan hidup-hidup.

Pn.Dahlia hanya mengangguk. Dia memandang Pn.Aisya dan memaut tangan Pn.Aisya. “Hal anak-anak biar mereka yang tentukan. Kita cuma nak tunaikan janji masing-masing supaya tak ada yang tuntut masa ahkirat nanti.”ulas Pn.Dahlia penuh hemat. “Aku reda je Aisya. Belum masanya lagi untuk mereka. Entah-entah dah kerepot baru nak kahwin.”gurau Pn.Dahlia. Namun Pn.Aisya lansung tidak terusik dengan gurauan temannya.

“Lia, aku tetap anggap anak kau anak perempuan aku. Aku sayangkan dia macam aku sayangkan Izwan dan yang lain-lain. Kau pun pernah tolong aku susukan Rehan masa aku sakit. Aku terhutang budi pada kau. Rehan amat membanggakan aku. Dia seperti kau Lia. Dia cerdik macam kau.”luah Pn.Aisya.

Pn.Dahlia tersenyum. “Terima kasih pada kau juga sebab berjaya didik Izwan seorang diri dulu sebelum jumpa abang Lan. Izwan pun akan jadi anak aku sampai bila-bila.”balas Pn.Dahlia dengan senyumannya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience