Bab 2

Romance Completed 5942

Bab 2

Hanim melepaskan keluhannya. Dia memandang wajah Izwan yang tersenyum kecil. Hanim mengeluh lagi. Kenapa lelaki ini mudah tersenyum. Kenapa dia harus tersenyum. Mahu ketawakan aku yang terpaksa menipu untuk menepati janji arwah ayah dan mama? Soal Hanim dalam hati.

Izwan tiba-tiba melangkah menuju di hadapan Hanim yang masih menundukkan kepalanya. Perlahan tangannya menyelak rambut Hanim yang hampir menutup wajah. “Tak baik mengeluh. Terus terang je. Saya secara jujurnya tak boleh hidup dengan orang yang saya tak cintai tapi tak tahu lah Hanim. Rela?”duga Izwan.

Hanim membalas pandangan mata Izwan. Aku akan rela kalau dapat membahagiakan hidup mama aku Izwan. Tak tahu pula kau? Sanggup kah kau menyakiti hati ayah dan ibu kau? duga Hanim pula tapi suaranya tidak keluar. Dia terpaku dengan pandangan mata Izwan yang tajam memandang.

Ahkirnya Hanim mengeluh lagi. “Kalau Wan rasa dah tak boleh nak teruskan hubungan pertunangan palsu ni. Kita putuskan je la.”ujar Hanim perlahan.

Izwan terdiam. Tidak sangka yang Hanim akan menjawab soalannya sebegitu. Dia menyangka yang Hanim akan menentang keputusannya.

“Hanim pasti? Kalau kita putuskan pertunangan ni kita akan hampakan harapan ayah dan ibu kita.”ujaran Izwan menyakitkan hati Hanim.

Dia ni sengaja nak menyakitkan hati aku ke? Dia yang nak putuskan hubungan ni buat apa nak mengungkit hal lain? Aku dah lama bersabar. Kau tunggu lah.

“Kalau dah tahu kenapa nak putuskan hubungan ni? Ke Wan yang sengaja nak sakitkan hati ayah dan ibu kita?”bidas Hanim.

Izwan tersenyum kecil.

“Yelah..saya rasa lebih baik kita putuskan pertunangan ni. Sebelum Hanim sendiri minta cerai lepas kita kahwin.”jawab Izwan selamba.

Hanim bengang. Wajah Izwan tidak di pandang lansung. Dalam hati dia mengucap panjang. Menunggu masa sahaja untuk meninggalkan tempat yang menyakitkan hati.

Wajah En.Lan selamba memandang anak tirinya yang duduk berdiam diri di hadapannya. Isterinya pula sudah menunjukkan riak tidak puas hati selepas mendengar kata-kata anaknya. Rehan pula hanya merenung wajah abangnya. Sesekali Irfan yang sedang melakukan kerja sekolah menoleh sekejap-sekejap mendengar jawapan abangnya.

“Wan cuma nak betulkan keadaan je.”jawab Izwan yang memandang wajah ibunya yang masih berkerut.

Sesekali dia memandang ayah tirinya meminta pertolongan cemas. En.Lan hanya tersenyum sahaja. Dia tidak kisah dengan keputusan Izwan.. Dia hanya inginkan kebahagian untuk semua anaknya termasuk anak tirinya yang seorang ini.

Pn.Aisya mencebik geram. “Hanim setuju?”

Soalan ibunya dijawab dengan anggukkan sahaja.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience