Bab 7

Romance Completed 5942

Bab 7

San San tergelak kecil. “Aya..itu memang betulla. Bahagian kita ni manyak problem you tahu tak. Semenjak En.Omar pegang semua kucar-kacir. I pun malas nak jawab lagi. Kalau Datuk Rahmat tanya..I jawab je En.Omar lah penyebabnya. En.Adam pun macam tak ambil port. Malas lah.”sambut San San meluahkan perasaannya.

Hanim tersenyum kecil.

Tiba-tiba masej masuk mengejutkan Hanim yang leka mencari fail untuk projek Rinda yang bagi syarikat gagal di uruskan oleh bahagian pemasaran. San San memandang Hanim yang serabut meminta diri keluar dari bilik Hanim.

Hanim,saya kena lunch dgn Denia. Teman saya.

Masej daripada Izwan dipandang sepi oleh Hanim.

Eh! Mamat ni. Tak pernah-pernah nak ajak aku. Mengigau ke? Dah sakitkan hati aku nak tambah lagi ke nak tengok kau berkepit dengan Denia. Yang Denia ni pun satu. Dah tak ada mamat lain ke nak buat laki. Tunang aku juga kau nak kebas. Geram Hanim tertempias pada kertas kajang dihadapannya.

Saya bz. Awak,sorry.

Hanim membalas dengan hati yang panas. Terus dia keluar dari biliknya menuju ke pantry. Mahu mendapatkan secawan milo. Kenapa mesti aku yang bengang dengan dia? Kenapa asyik dia je nak sakitkan hati aku. Dia memang nak putuskan hubungan ni ke? Nak putus? Ok fine! Putus!

Hanim hanya mendiamkan dirinya. Kepenatannya terpaksa bertungkus lumus untuk memastikan segalanya berjalan lancar untuk projek mega syarikat bersama En.Adam dan rakan yang lain betul-betul meguji kesabarannya.

Kali ini terpaksa menemui Izwan pada waktu malam pula membuatkan Hanim mencarut panjang. Sesekali dia menyumpah seranah Izwan dan ahkirnya dia sendiri terdiam. Penat.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience