Bab 11

Romance Completed 5942

Bab 11

Hanim juga tersenyum. Entah kenapa hari ini mudah sahaja dia tersenyum. Hanim memandang Izwan yang sudah terdiam di sebelah En.Lan. “Ma,Hanim nak cakap dengan Izwan dekat luar sekejap.”pinta Hanim setelah kedua-dua ibu terdiam tanpa kata.

Pn. Dahlia mengangguk. Izwan terus bangun menuju ke arah pintu rumah beriringan dengan Hanim yang masih tersenyum.

Izwan memandang Hanim yang masih tersenyum. Sedikit sebanyak hatinya sakit. Kenapa mesti Hanim menolak cintanya? Menolak meneruskan pertunangan?

“Izwan,semoga hubungan kita akan terus berkekalan walaupun selepas hari ini.”suara Hanim mematikan lamunan Izwan. Izwan hanya tersenyum tawar.

Perlahan-lahan tangan Hanim diraih Izwan. “Dah tak ada harapan untuk saya?”soal Izwan pasrah.

Hanim mengangguk kemudian tersenyum. “Awak mesti bahagia nanti. Saya pun. Akan bahagia.”ujarnya riang. Keriangan itu mematikan perasaan Izwan. Izwan melepas pegangan tangannya. Hatinya petih di toreh-toreh.

“Awak pasti dengan permintaan awak ni? Awak betul-betul nak putuskan pertunangan kita?”soalan Izwan lansung tidak di jawab Hanim. Dia mula melangkah meninggalkan Izwan.

Pn.Dahlia tersenyum melihat Hanim yang tersenyum selepas berbual dengan Izwan. Izwan pula kelihatan putus asa. “Hanim nak cakap sesuatu boleh tak?”soal Hanim apabila melihat Izwan yang sudah duduk di sebelah ayahnya.

Izwan tepat memandang wajah Hanim. Apa lagi Hanim? Kau mahu kenalkan bakal suami kau pada kami semua. Kau mahu aku terseksa dengan perasaan sayang aku pada kau? Kau nak balas dendam ke?

“Sebenarnya Hanim yang minta kami putuskan pertunangan ni dan semua ni bukan salah Izwan. Dia cuba untuk pujuk Hanim. Ada sekali dia luahkan perasaan pada Hanim tapi hati Hanim dah tawar. Selama setahun Hanim tunggu dia. Pernah sekali kami berjumpa..tiada apa yang keluar dari mulut dia tapi sekarang Izwan rajin bersuara. Dia banyak suarakan perasaan dia.”Hanim berhenti bersuara.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience