Bab 3

Romance Completed 5942

Bab 3

Seketika Pn.Aisya mengeluh. En.Lan mengengam tangan isterinya pantas di cium lembut. “Kita ikutkan sahaja. Pasti ada sebab. Mungkin Wan dan Hanim dah ada orang yang mereka suka.” En.Lan cuba menbantu sekadar yang mampu namun Pn.Aisya tidak puas. Dia memandang Izwan kembali.

“Wan dah ada orang yang wan suka?”duga Pn.Aisya serta merta.

Izwan memandang ayahnya dan juga Rehan yang hanya diam memerhati. Sekali lagi Izwan hanya mengangguk.

Pn.Aisya mengeluh perlahan. “Kalau macam tu..bawa jumpa ibu.”balas Pn.Aisya lantas bangun dari duduknya. Rehan memandang abangnya dan tersenyum. Dia bangga dengan keberanian abang tirinya.

Rehan tergelak besar apabila wajah Izwan di sapu dengan tepung untuk membuat kulit karipap. Wajah Hanim yang bengang jelas terpancar. Rehan hanya mampu tergelak tanpa kata. Irfan pula mula melarikan diri. Dia tidak mahu masuk campur dengan dapur yang sudah bersepah.

“Hei! Suka hati je simbah muka aku dengan tepung!”jerit Izwan memandang Hanim yang buat-buat bodoh. Rehan masih lagi tergelak besar. Sesekali dia turut membantu Hanim menguli tepung menjadi doh.

Izwan mendengus.

“Along,nasib baik tak kena simbah dengan minyak panas.”usul Rehan selamba. Dia mula bangun mendapatkan penyapu untuk membersihkan kawasan dapur yang penuh dengan tepung.

Izwan menjeling adiknya. “Kau diam la Rehan. Kau pun nak bersekutu dengan Hanim. Menyusahkan aku je.”marah Izwan. Dia mengibas-gibas bajunya yang keputihan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience