Bab 11

Humor Completed 19709

Bab 11

"Hai anak mummy... tersengih-sengih dari tadi mummy tengok ada apa-apa ke?" Tanya Datin zainab apabila melihat naziru anak kesayangannya itu tersengih-sengih di depan tv walaupun tv tersebut sedang menayangkan iklan kfc.

"Eh mummy.. sajalah mummy, iklan tu lawak mummy." Jawab nazirul sambil memeluk lengan mummynya. Kepalanya disandar pada bahu datin zainab.

"Mummy tengok iklan tu tak lawak pun.. anak mummy ni okay ke tak? Demam ke?" Usik datin zainab.

"Ishh mummy. Naz okaylah mummy jangan risau." Ujar nazirul tersengih lagi.

"Ya allah.. ni kenapa tangan ni? Lebam sampai macam tu sekali!" Tanya datin zainab sambil membelek lebam di tangan nazirul itu.

"Tak ada apalah mummy.. cubitan manja je tu.." ujar nazirul sekali lagi tersengih bila melihat bekas lebam tersebut.

"Haish.. kamu ni dah macam orang tak betul mummy tengok. Tersengih serupa kerang busuk dari tadi." Ujar Datin zainab sambil menepuk tempat lebam tersebut.

"Adehh! Sakitla mummy." Rungut Nazirul.

"Padan muka."

Pagi itu qila pergi ke aeon big untuk shopping barang dapur rumahnya dan barang-barang yang selalu diguna seperti sabun, ubat gigi,pencuci muka dan lain-lain.

Dia melihat cincin dijarinya itu. Semalam cincin tersebut dipos oleh mama dari johor, siap diberi surat menyatakan bahawa dia harus memakai cincin yang diberi oleh suaminya itu,wajib. Jadi dia terpaksa pakai.

Sedang dia membelek-belek pencuci muka, seorang lelaki berdiri disebelahnya sambil membelek pencuci muka lelaki.
Lelaki tersebut memandangnya.

"Ehh. Qil! U buat apa kat sini?" Tanya nazirul teruja.

"I tengah mandi ni.. u tak nampak ke?" Ujar qila sinis. Dia tak menggunakan perkataan encik kerana lelaki tersebut bukan pelanggan dia sekarang.

"Laa yeke.. kenapa tak ajak i mandi sekali. I nak mandi jugak dengan u." Balas nazirul.

"Ni nak?" Tanya qila sambil menunjukkan pemumbuk kecilnya itu.

"Uihh. Ganas betul anak siapa ni? I nak masuk meminang sekarang jugak!" Ujar nazirul sambil tersengih. Qila buat tak tahu dan berlalu dari situ sambil membawa trolinya yang penuh dengan barang dapur dan mandian.

"Sorang je ke cik adik manis?" Tanya nazirul sambil mengikuti qila.

"Taklah.. ni ha kawan i ada dekat sebelah. Valak.. kenalkan ni encik tak tahu nama dia sangat annoying." Ujar qila sambil tengok ke arah sebelah kanannya yang kosong.

"Ehem.. umm nama i nazirul Qhalil.. u boleh panggil i apa saja yang u nak."

"Yelah encik Qhal."

"Naz.. mummy tunggu dekat sana tak datanh-datang rupanya tengah mengorat anak dara orang." Sergah datin zainab. Dia melihat perempuan di sebelah anaknya itu.

'Hurmm.. padan dengan Naz.. macam laki bini je tengok keadaan dorang sekarang.' Ujar datin Zainab dalam hati.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience