Bab 8

Humor Completed 19709

Bab 8

Qila mengemas meja yang penuh dengan cawan dan pinggan, cafenya disewa oleh seorang ahli perniagaan iaitu datuk mustafa bagi mengadakan makan-makan bersama dengan client dari luar negara. Penuh cafenya tadi.

"Bos.. bos pi duk sana biar saya dengan alin yang buat bos.." ujar Ezad. Qila tidak membalasnya.

' tak sangka aku qira buat aku macam ni.. entah macam mana muka 'suami' aku tu, aku ingat dalam novel je jadi macam ni.. kenapaaa kenapaa kenapaa?!' Jeritnya dalam hati.

"Bos!"

"Oh mak kau isteri pengganti! Pengantin hilang eh diganti eh!" Latah qila.

"Ewahh. Ehh ehh ewah!" Ejek Ezad sambil membuat tarian zapin.

"Kau ni zad! Memang nak kena! Terkejut nak mati aku ni!" Jerkah qila sambil menampar bahu Ezad.

"Aduh bos! Sakit bos! Saya dah panggil bos tadi... bos buat tak tahu je bos! Aduh bisa sungguh!" Rungut Ezad sambil menggosok bahunya yang pedih ditampar qila.

"Tulah kau! Jerit kat telinga aku lagi, aku tengah sensitif sekarang ni, kau jangan main-main tak pasal pasal kau kena pecat free free je." Ujar qila sambil menyapu meja cafenya itu.

"Ehh jangan bos.. saya mintak maaf bos, dah dah bos takyah buat, biar saya dengan alin je buat. Bos gi rehat saya tengok bos asyik termenung je.. bos gi relax relax dulu." Ujar ezad.

"Nasib baik kau rajin harini.. hehe aku up gaji kau 50cen esok. Ghehehe." Jawab qila sambil ketawa lalu dia terus ke kaunter untuk duduk.

"50cen je bos! Apa bareng bro.. aiskrim pun seringgit sekarang bos." Rungut ezad sambil mengelap meja. Cawan dan pinggan diangkat oleh alin dan dibawa ke dapur.

"Cukuplah tu 50cen.. baru rock ! Hahaha!" Ujar qila sambil membuat lawak. Sebebarnya dia cuba ingin melupakan hal yang berlaku minggu lepas. Cuba untuk melupakan yang dalam sekelip mata dia sudah menjadi isteri orang, isteri orang yang tak dikenalinya, ex tunang kakak tiri dia, dipaksa untuk berkahwin oleh mama tirinya bagi menutup malu. What the fish is wrong with me?! Kenapa nasib aku macam ni?

"Bos! Dengar tak?! Ooo bos!." Panggil ezad mulut becok.

"Haa? Apa dia kau cakap?" Tanya qila terpinga-pinga.

"Tak ada apalah bos. Saya bercakap dengan kerusi ni tadi.."jawab Ezad mengeluh melihat bosnya itu asyik khayal.

"Kau perli aku kan..." ujar qila geram.

"bos masih dalam dunia khayalan yang dipenuhi dengan fantasi yang tidak dapat digambarkan. Jadi saya tak boleh berkata apa-apa cuma didalam benak fikiran saya terfikir adakah bos sedang dilamun cinta? Kerana bosku yang cantik jelita ini sering mengelamun walapun hari sudah petang, patik risau tuanku." Ujar ezad merepek-repek.

"Apa kau merepek ni ezad.. makin aku melayan makin menjadi-jadi pulak perangai kau ni. Macam manalah si alin tu boleh suka kat kau ni?" Ujar qila sambil tergelak kecil melihat telatah ezad.

"Ohmygod! Alin like me? I didn't know it! Thanks bos bagitahu! Alinnn jom date!" Jerit ezad gembira sambil berlari ke arah dapur.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience