Bab 7

Humor Completed 19709

Bab 7

"Kenapa awak buat macam ni dekat saya Zya.. saya sayangkan awak sepenuh hati saya." Tangis Nazirul sendirian didalam biliknya. Sudah sehari dia sah menjadi suami kepada perempuan yang dia kenali dengan nama sahaja itu.

Dia hanya menurut permintaan mamanya untuk menikahi perempuan itu kerana tidak sanggup mengecewa dan memalukan mamanya. Dan juga untuk menjaga kesihatan mamanya yang mempunyai penyakit lemah jantung.

Sampai sekarang dia tidak tahu bagaimana rupa perempuan yang dinikahi atas paksaan itu. Dengar kata dia adik tiri Zya, dan perempuan itu sendiri terpaksa menerimanya untuk menutup malu keluarga mereka semua.

Tapi syarat yang diberi oleh perempuan itu agak keterlaluan baginya. 'Kalau ada jodoh kami akan berjumpa blablabla.' Dia ingat novel ke apa. Huh! Baik aku takyah kahwin kalau macam tu.

"Kenapa Zya tinggalkan aku macam tu je?" Tanya Nazirul sendirian. Tiba-tiba telefonnya berbunyi menandakan dia menerima mesej dari Whatsapp.
Terus dicapai telefon yang berada di bawah bantalnya itu

"Zya?" Tergesa-gesa dia membuka mesej whatsapp dari Zya itu.

+sorry Nazirul, I terpaksa tinggalkan u. U taukan i tak sedia lagi nak kahwin. U yang tergesa-gesa sangat nak kahwin dengan i. I tak puas lagi nak enjoy and u selalu kongkong i. I tak suka dikongkong i tak bebas! I nak pergi club u marah,i pakai seksi u marah, i nak enjoy dengan kawan-kawan i u tak bagi. I rimas! Sekarang i dah jumpa lelaki yang betul-betul terima i seadanya. I kenal dia dari tahun lepas, dia terima i seadanya. dia tak kongkong i dia tak paksa i untuk berhenti buat apa benda yang dia tak suka. Dia tak paksa i untuk berubah sekelip mata. I cintakan dia dan dia pun cintakan i . I harap u faham. Ouh ye, i tahu yang sekarang u dah sah jadi suami Qila. I nak u jaga dia elok2, dia adik i dan dia bukan macam i... dia baik. Baik sangat dan i harap u boleh bahagia kan dia. Lupakan kisah kita. Im sorry.

"Tak guna!" Ujar Nazirul geram dengan sikap Qira yang seperti budak-budak itu. Kenapa selama ini Qira tidak terus terang denganya? Mungkin dia boleh mengubah sikapnya sedikit untuk berlembut dengan Qira.

"Arhhh! Malas aku nak fikir lagi dah. Hmmm. Agak-agak Minah cafe tu single ke?" Tanya Nazirul sendirian sambil tersengih. Sekejap sahaja moodnya berubah. Sudah redho dengan segalanya mungkin?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience