Bab 12

Humor Completed 19709

Bab 12

"Ehh mummy.. sorrylah naz lupa. Ni kenalkan umm.. cik tak tahu nama penuh." Ujar nazirul memperkenalkan qila.

Qila menjeling nazirul.

"Saya puteri syaqila." Ujar qila sopan memperkenalkan diri pada datin zainab. Dia menghulurkan tangan untuk bersalam dengan datin zainab.

Datin zainab menyambut huluran tangan qila. Tiba-tiba matanya tertancap pada jari manis qila. Dia seperti kenal dengan bentuk dan rupa paras cincin tersebut. Setahu dia bentuk cincin yang ditempah oleh nazirul itu khas untuk mereka saja, special dan hanya satu saja bentuk sebegitu.

'Eh.. takkanlah..puteri syaqila..'

"Datin zainab.Panggil mummy saja.." ujar datin zainab sambil tersenyum manis.

"Err? Mummy?" Tanya qila kekok..

"Ye.. qila panggil mummy je." Ujar datin zainab lembut.
Nazirul memandang pelik pada mummy nya itu.

"Umn baiklah." Ujar qila tersenyum dan terharu dengan sikap datin zainab yang penuh dengan sikap keibuan. Tak seperti mama tirinya.

"Ni qila sorang je ke?" Tanya datin zainab ramah.

"Ye qila sorang je mummy.mummy beli apa?" Tanya qila.

"Ni haa.. mummy beli barang dapur.. malam nanti nak buat makan-makan sikit. Qila datanglah rumah mummy malam ni." Ajak datin zainab sambil memegang tangan qila.

'Hai mummy ni . Dah macam lupa aku dekat sini.' Ujar nazirul dalam hati apabila melihat kemesraan mummynya itu dengan qila.

"Insyaallah mummy..." ujar qila.

"Nanti malam mummy suruh naz jemput qila dekat rumah. Bagi alamat qila pada naz ye.. sebab rumah mummy tu kalau orang yang tak biasa kawasan tu cepat sesat. Nanti jadi apa-apa risau pulak mummy. Betul tak naz?" Ujar datin zainab. Padahal rumahnya itu senang saja dicari.

"Haaa betul tu mummy...so qila bagi alamat rumah u dekat i sekarang. I nak set dekat phone ni.." ujar nazirul sambil membawa keluar iphone 6 plusnya itu.

"Eh . Umm u bagi nombor telefon u jelah dekat i.. nanti i mesej alamat rumah i dekat u." Ujar qila.

"Bak sini telefon u." Minta nazirul. Qila terus membawa keluar iphone 6snya dari handbag dan diberi pada nazirul.

'Fuh. 6s, pekerja cafe pun pakai 6s.. dashyat.' Ujar nazirul dalam hati.

Setelah selesai bertukar nombor telefon mereka berpisah kerana datin zainab ingin pergi ke butiknya untuk mengambil baju kawannya datin marlia yang ditempah minggu lepas.

"Mesranya mummy dengan qila tadi.. tak pernah naz tengok mummy dengan orang yang baru je kenal mesra macam tadi." Kata nazirul sambil menghidupkan keretanya.

"Naz... cincin yang kamu tempah tu bentuk dan rekaanya khas untuk kamu sorang je kan?" Tanya datin zainab tiba-tiba sambil memandang tepat ke arah nazirul.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience