Bab 1

Humor Completed 19709

TAKDIR CINTA (N.A.J)

Bab 1

"Weh.. mesti kau syok kan? Lagi 3 hari lagi kau nak kawin ni.tengok muka kau pun aku tahu... kau dah tak sabar nak kawin dengan tunang kau tu." Aku mengusik kakak yang sedang membelek-belek hantaran yang sudah siap.

"Ehh kau ni! Kalau tak menyakat aku sehari tak sah! Aku tahu kau tu yang tak sabar-sabar nak kawin kan.." jawab kakak sambil menjeling ke arah aku yang sedang menepek lebihan inai di jari yang digunakan oleh mak cik-mak cik aku untuk kakak semalam.

"Aku pulak yang kena... aku ni bercinta pun tak pernah apatah lagi nak kawin cik kak ooi!" Jawab aku.

"Takkan kau tak pernah bercinta kot! muka dah cantik dah. Lebih cantik dari aku. Kau tu yang jual mahal!"

"Mana ada aku jual mahal... kau tau kan aku ni jenis yang malu tahap apa tah . Bila diorang confess aku tergagap nak jawab bila dah tergagap-gagap aku terus blah sebab malu! Diorang pun ternganga jela." Jawab Aku membela diri.

"Aku rasa kau ni kena pergi jumpa bomoh siam kot. Biar dia buat mulut kau tu tak tergagap dah bila ada orang confess dekat kau." Jawab dia sambil menahan tawa.

"Kepala hotak kau! Eihh dah la malas aku nak layan kau ni! Nanti aku tonyoh inai ni kat muka hang baru tau! Biar masa angkat nikah nanti si Nazirul tu terbeliak tengok bakal isteri dia jadi red hulk! Padan muka!" Bebel aku. Aku terus mengambil mangkuk yang berisi inai dan bangun untuk keluar dari bilik Kakak.

Kakak sudah berguling-guling di atas lantai ketawa terbahak-bahak. Aku yang geram tengok dia terus menyepak bontotnya.

"Aduui!! Bengong punya adik! Hilang dara aku nanti kau yang bertanggungjawab!" Jerit aqira.
Giliran aku pula yang ketawa.

"Banyak lah kau punya tanggungjawab! Aku tendang slow je kot. Nanti aku tendang macam aku tendang bola baru tau! Okaylah! Selamat malam bakal pengantin!" Aku terus keluar dari bilik sambil bergelak ketawa.

"Apa bising-bising ni?!" Kedengaran suara mama menjerit. Terus terhenti gelak tawa aku.

"Haa! Qila! Kau dah kenapa gelak-gelak ni? Tak tahu ke sekarang dah pukul sepuluh!"jerkah mama dengan muka bengis. Aku hanya memandang lantai.

"Maaf ma.. qila masuk bilik dulu." Jawab aku perlahan. Aku terus berlalu ke bilik aku.

"Maaf-maaf!! Itu je yang kau tau! Rasa nak tampar je aku tengok muka kau ni! Kalau bukan sebab amanat Datuk kau dulu dah lama aku buang kau dekat tong sampah! Budak tak guna!" Jerkah mama.

Aku memekak kan saja telinga. Walaupun kata-kata tersebut seperti pisau rambo yang membelah dada,aku hadamkan juga.

Aku adalah anak tiri mama. Dan aku hanya anak kepada isteri kedua papa. Ibu meninggal selepas melahirkan aku. Sebulan selepas ibu meninggal papa pula pergi kerana kemalangan. Mama sangat membenci aku kerana aku dikatakan pembawa sial dan juga kerana aku anak madunya. Hanya atuk yang menyanyangi aku. Tapi sekarang atuk sudah tiada.

Aqira ialah anak mama. Kakak tiri aku, tapi kami bukan seperti bawang putih,bawang merah. Kami sangat rapat kerana perbezaan umur yang hanya setahun sahaja. Perangai dia yang gila-gila membuatkan aku selesa. Tapi tahap sosialnya membuatkan aku mengeleng kepala. 3 hari nanti dia nak menikah dengan Nazirul tunangnya, katanya anak datuk Nazim. Aku tidak pernah melihatnya kerana aku terlalu sibuk menguruskan 3 buah cafe kepunyaanku di KL. Hanya 2,3kali sahaja aku balik ke rumah mama di johor ini.

Sekadar untuk melawat mama,walaupun aku tahu aku hanya mendapat cacian bila pulang. Cacian tersebut aku libas menggunakan pedang barbarian king selagi nyawa masih ada. Tapi kalau kena serang dengan queen archery mungkin aku tidak teragak-agak untuk menggunakan morta level 40 untuk membunuh mereka.

Hah sudah! Merepek pulak aku ni. Sudah mereng mungkin?

Pedulikan semua itu! Sekarang aku nak tenangkan hati,kosongkan kepala. Goodnight.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience