Bab 3

Humor Completed 19709

Bab 3

"Opss! Sorry encik saya tak sengaja." mengelabah aku mengelap air nescafe yang tertumpah di baju seorang pelanggan aku. Aku terpaksa mengambil alih tugas menjadi waiter di cafe aku yang baru buka ini kerana kekurangan perkerja.

"Shit! Habis baju aku! Eh perempuan kau ni reti buat kerja ke tidak?! Sekarang ni macam mana? Lagi setengah jam aku ada meeting!! Eii perempuan ni aku rasa nak cekik je!" Jerkah lelaki tersebut sambil mengibas baju kemeja putihnya.

"Maaf cik . Saya tak sengaja! Saya boleh ganti yang baru. Dekat depan tu ada kedai baju renoma. Nanti saya pergi beli." Aku meletakkan dulang dan cawan nescafe tadi di atas meja. Aku lihat orang sekeliling memandang ke arah kami.

"Ehh! Kau ingat baju aku ni murah?! Kau ingat baju aku ni beli kat renoma cikai tu?! Baju ni tunang aku beli dekat US! Kau dengar tak? Tunang aku yang beli!!" Sekali lagi lelaki tersebut menjerkah aku.

'Haishh mamat ni.. kalau adik aku dah lama aku tumbuk sampai korea sana.sabar-sabar'

"Habis tu cik nak saya buat apa? Saya nak pergi beli dekat renoma tu cik tak nak.lagi setengah jam cik ada meeting." Jawab aku lembut.

"Heh... kau mampu ke nak beli dekat situ.." lelaki tersebut tersenyum sinis memandang aku.

'Kau ingat aku ni miskin sangat ke jantan. Eiii rasa nak terajang muka dia yang poyo tu ke US.'

"Cik nak saya beli ke tidak?" Tanya aku. Suara aku bergetar sedikit kerana menahan marah dengan mamat poyo ni.

"Kau mampu ke cik kak? Kerja jadi waiter ni berapa lah sangat gaji dia.... kesian pulak ak-"

Belum sempat dia menghabiskan ayatnya aku terus meluru masuk ke dalam kedai baju renoma yang berada di depan cafe aku tersebut. Sehelai baju kemeja kosong berwarna merun aku ambil setelah melihat size yang aku rasa muat dengannya. Aku terus ke kaunter pembayaran.

"Rm345.99 cik." Kata perempuan yang menjaga kaunter tersebut sambil tersenyum.
Tanpa sebarang kata aku terus menghulurkan kad kreditku. Selesai membuat pembayaran aku kembali ke dalam cafe aku. Aku lihat lelaki tersebut masih lagi berada di tempat yang sama dengan wajah poyonya.

"Nah.. saya ni bukannya miskin sangat. Jadi waiter dekat sini gaji pun boleh tahan jugak . Mampu lagi saya beli baju mahal-mahal.lagipun saya buat 3 kerja macam ahmad masdol cakapkan tu...jadi semuanya sudah selesai. Saya minta diri ke dalam dulu." Aku terus berlalu. Aku pandang sekilas ke arahnya. Lelaki tersebut masih lagi tercegat di situ. Aku tersenyum sinis.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience