Bab 6

Humor Completed 19709

Bab 6

Aku bersiap-siap memakai baju kurung berwarna putih dan bebunga merun. Rambut panjang yang selalu di ikat aku lepaskan bebas. Saja aku bersiap awal kerana tidak mahu kelam kabut.

"Kring-kring!" Bunyi telefon aku yang berada di atas katil aku ambil .

"Mama? Tak pernah-pernah mama call ni..." dengan pantas aku menjawab.

"Assalamualaikum ma--" tak sempat aku menyambung mama pantas memotong.

"Qila kau dah bertolak ke belum?" Tanya mama.

"Belum mama.pukul 7 nanti baru qila bertolak. Insyaallah pukul 11 nanti sampai kalau tak jamm." Jawab aku lembut.

"Kau bertolak sekarang!"arah mama dengan kasar lalu menamatkan panggilan.

"Hello ma! Ish orang tua ni.. kenapa pulak.." aku terus mencari nama Qira di dalam contact list.

Setelah beberapa kali menelefon Qira aku berputus asa kerana Qira tidak menjawab panggilan.

Aku rasa tidak sedap hati. Terus aku mengambil beg tangan dan beg sandang yang berisi beberapa helai pakaian dan keperluan ku lalu aku turun ke bawah untuk di letakkan di dalam kereta.

Setelah memastikan semua pintu dan tingkap berkunci aku menghidupkan kereta aku dan teruskan perjalanan ke johor dengan hati yang tidak tenteram.

'Apa sebenarnya yang terjadi?'

---

Sampai sahaja aku didepan rumah,aku lihat semua persediaan telah tersedia cuma aku lihat suasananya agak suram. Tiba-tiba aku lihat mama keluar dari rumah dan menuju ke arah aku. Wajahnya aku lihat kelihatan panik ditambah dengan Muka bengisnya yang selalu ditayangkan untukku.
Aku melangkah ke arahnya untuk bersalam.

"Assalamualaikum ma... kenapa nampak macam tak happy je.." tanyaku kepada mama yang sudah menghampiriku. Aku menghulurkan tangan untuk bersalam dengannya.

"Waalaikumsalam.. dah jom ikut aku. Kita dah tak ada masa!" Walaupun suaranya kedengaran perlahan tapi nada bencinya tetap ada. Tanganku tidak disambut olehnya . Aku terus ditarik masuk ke dalam rumah.

"Ma... akad nikah dekat mana?"

"Masjid. Haa ni kau tanda tangan surat ni cepat! Pukul 1 nanti dah akad nikah." Paksa mama. Surat apa pulak ni?.

"Tapi ma.. surat apa ni? Nanti pun boleh tanda tangan.kak Qira mana ma?" Tanyaku,surat ditangannya aku ambil tetapi tidak dibaca. Aku exited untuk melihat Qira. Mesti cantik!

"Aku cakap sain,sain jelah! Kau jangan bagi aku naik angin! Eh Qila kau dah ambik kursus kahwin masa belajar dulu kan?" Tanya mama tiba-tiba. Aku pelik.

"Ye.. Qila dah ambik kursus kahwin masa belajar dulu. Kenapa mama tiba-tiba tanya?" Aku agak blur.

"Baguslah kalau macam tu. Ni haa Sain cepat aku nak sekarang! Pakcik kau dah tunggu nak bagi dekat tok kadi ni." Katanya.

Aku mengeluh, lalu membaca surat tersebut terlebih dahulu.

Wtf!!

"Apa semua ni mama! Kenapa Qila yang kena sain surat ni? Bukan Qila yang nak kahwin! Qira mana?!" Tanyaku terkejut. Nada suara aku tinggikan sedikit.

"Kau jangan nak banyak tanya! Kau nak aku terima kau, kau kena sain surat ni!" Jerkahnya.

"Apa pulak? Ni soal masa depan Qila! Mama apa semua ni? Qila pening lah! Please explain to me what happen?! Where's Qira!" Tanyaku marah. Kenapa aku yang perlu sains surat persetujuan pernikahan ni?

"Qira takda.. dia lari subuh tadi dengan Seorang lelaki aku tak kenal. Dia mesej aku cakap dia taknak kahwin dengan Nazirul." Jawab mama perlahan.

Sekali lagi aku terkejut. Dada yang berdenyut-denyut aku gosok sedikit. Ya Allah! Dugaan apa yang kau berikan kepadaku ini?! Air mata yang berlinang di tubir mata aku kesat.

'Kenapa kau buat aku macam ni Qira! Patut kau beriya sangat suruh aku balik awal!'

"Qila... kau tolong aku. Nazirul dah mengamuk dekat rumah dia tadi. Lepas kena pujuk dengan mak dia diorang decide nak teruskan perkahwinan ni sebab Qira mesej dia suruh kahwin dengan kau kalau nak tutup malu. Please Qila! Diorang sekarang dekat masjid tengah tunggu persetujuan kau. Tolong aku." Rayu Mamanya. Sayu pula aku melihat.

"Diorang kenal saya tak?" Tanyaku perlahan.

"Tak.. diorang tak kenal kau." Jawab mama.

"Kalau macam tu saya terima. tapi dengan syarat! Lepas saya sain surat ni saya taknak jumpa dia. Biar masa yang menentukan perkahwinan kami sampai mana. Kalau allah dah tetapkan jodoh mungkin kami akan berjumpa suatu hari nanti. Cincin,bila-bila masa saya ambil dengan mama." Ujarku tegas. Air mata yang mengalir aku kesat dengan tangan lalu terus menandatangan surat tersebut. Selesai saja aku terus berlalu keluar meninggalkan mereka yang hanya terpaku.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience