Bab 15

Humor Completed 19709

Bab 15

"Jadi... awak dah tahu lama yang kita suami isteri?" Tanya qila. Selepas makan malam nazirul mengajak qila masuk kedalam biliknya untuk membincangkan hal mereka suami isteri. Walaupun pada mulanya qila taknak dia diugut untuk dicium oleh nazirul. Barulah dia bersetuju untuk mengekori nazirul masuk ke biliknya.

"No... abang pun tak tahu, dan abang baru tahu tengah hari tadi itu pun. Mummy yang bagitahu, dia nampak cincin nikah yang abang bagi dekat qila tu.. plus nama qila puteri syaqila.. sama dengan nama yang abang sebutkan semasa akad nikah dulu." Terang nazirul.

"Okay... so sekarang ni macam mana? Awak nak teruskan ke perkahwinan ni atau bercerai?" Tanya qila serious.

"Tak... abang taknak bercerai..abang nak teruskan jugak perkahwinan ni, abang tak mahu sia-siakan macam tu je. Lagipun..."

"Awak teruskan perkahwinan ni? Awak cintakan saya ke? Awak suka kan saya? Kita bari je berkenalan... tak mungkin awak senang-senang nak jatuh hati dengan saya sedangkan awak dengan qira dah bertahun-tahun bercinta, dalam sekelip mata je awak boleh lupakan dia?" Ujar qila.

"You know what ... abang dah start suka qila sebelum qira tinggalkan abang lagi.. masa qila tumpahkan air dekat baju abang tu. Tapi abang tepis perasaan tu jauh-jauh.. abang selalu teringatkan qila sebab tu abang pergi cafe qila hari-hari tapi abang selalu buat qila sakit hati sebab abang suks tengok qila marah.. abang cuba untuk tepis macam mana sekalipun perasaan ni semakin kuat dan bertambah kuat bila qira tinggalkan abang. Dan abang bersyukur sangat qila yanh jadi isteri abang. Allah dah takdirkan cinta abang pada qila, walaupun hanya bertentangan mata selama 1 saat sekali pun kalau sudah ditakdirkan jatuh cinta tetap akan jatuh cinta. Abang cintakan qila sangat-sangat abang nak qila ada disisi abang selamanya." Ujar nazirul meluahkan perasaannya. Dia mendekati qila yang terkaku mendengar luahan tersebut, tangan qila diambil dan dikucup sayang.

"Sudikah qila menjadi isteri abang dalam erti kata sebenar dan sehidup semati dengan abang sehingga akhir waktu? Izinkan abang untuk menjaga, menyayangi dan membahagiakan qila sehingga nafas terakhir abang?" Lamar nazirul sambil melutut dihadapan qila yang terpegun tidak bergerak bila melihat kelakuan nazirul yang mengharukannya itu.

"Hati saya sudah lama merana.. dan kadang saya tertanya-tanya bila hati saya yang selalu sakit ini akan merasa tenang dan gembira.. tak salah kalau saya beri peluang untuk awak membahagiakan saya kan?" Tanya qila sambil menahan sebak di dadanya.

"Terima kasih sayang! Abang janji akan membahagiakan qila menyayangi qila mencintai qila sehingga akhir hayat abang.. terima kasih." Ujar nazirul lalu bangun dan terus memeluk qila erat.

Walaupun teragak-agak untuk membalas pelukan nazirul qila tetap membalas pelukan erat nazirul itu.

'Mungkin Allah hadirkan dia untuk aku.. untuk membuat aku bahagia.. doa yang selama ini aku pinta sudah dimakbulkan.. semua ini berlaku dalam sekelip mata.. tapi itulah yang dinamakan takdir cinta..'

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience