Bab 13

Humor Completed 19709

Bab 13

"Cincin? Cincin kahwin naz ke maksud mummy?" Tanya nazirul.

"Yelah.. cincin mana lagi." Ujar datin zainab.

"Ha'ah.. cincin tu bentuk yang naz sendiri reka.. memang bentuk tu tak akan dapat jumpa dekat mana-mana kedai sekali pun. Sebab tu memang khas naz tempah untuk zya.." terang nazirul.

"Nama penuh qila tadi puteri syaqila kan?" Tanya datin zainab lagi.

"Yup mummy.. naz rasa macam pernah dengar nama tu.. tapi naz lupa lah mummy." Ujar nazirul sambil menggaru kepalanya cuba untuk mengingati nama tersebut.

"Mummy nampak qila pakai cincin dekat jari manis dia tadi sebijik macam reka bentuk cincin kahwin yang naz tempah tu." Ujar datin zainab.

"Biar betul mummy... mummy silap tengok kot. Tak mungkin qila ada cincin sebijik dengan cincin kahwin naz. Lain lah kalau dia..."

"Plus... nama dia puteri syaqila. Sama dengan nama isteri naz sekarang . Adik tiri zya.." ujar datin zainab teruja.

"Mummy biar betul?!" Tanya nazirul. Dia teruja dan gembira.
Lagi pula dia sudah mula menyukai qila sejak pertama kali dia jumpa dengan qila di cafe little heart itu. Tapi dia hanya menganggap itu cuma mainan perasaan tapi selepas zya meninggalkannya perasaannya terhadap qila semakin kuat sehingga harini.

"Mummy yakin dengan kata hati mummy!"ujar datin zainab bersungguh-sungguh.

"Mummy! Naz nak buat macam mana ni mummy?! Omg! Nervousnya..mintak-mintaklah betul apa yang mummy cakapkan tu." Ujar nazirul. Hatinnya berdebar-debar dan dalam masa yang sama gembira dia berharap betullah apa yang dikatakan oleh mummynya itu.

" tak apa.. malam nanti mama zya, mama tiri puteri syaqila datin Amalina datang makan malam dengan kita kan..so kita tengok reaksi diorang kalau diorang saling mengenali." Ujar Datin zainab.

"Baiklah mummy.. berkobar-kobar dah semangat naz ni mummy!"

"Eishh. Aku nak pakai baju apa ni?" Gumam qila sendirian sambil melihat almari bajunya.

Tiba-tiba fikiranya melayang teringatkan nazirul. Dia sebenarnya kagum dengan anak orang kaya seperti naZirul kerana walaupun nazirul hanya mengenalinya sebagai pelayan cafe dia tetap cuba mendekatinya.

"My youth my youth is yours stripping on star sipping waterfalls." Kedengaran lagu troye sivan itu berbunyi dari arah telefonnya yang diletakkan di atas meja solek itu.

Dia terus mengangkat tanpa melihat nombor telefon tersebut.

"Hello.. siapa bercakap?" Tanya qila.

"Hello..qila... aku ni qira." Qila tersentak. Serta merta hatinya terasa panas.

"Ha? Asal? Kau nak apa lagi?" Tanya qila kasar.

"Er.. qila.. aku tahu kau marah.errmm"

"Kau nak apa cakap cepat. Aku tak ada masa sekarang ni.aku busy!"

" err.. qila.. aku minta maaf sebab gunakan kau.. tapi percayalah... nazirul tu padan dengan kau, dia pun baik."

"Kalau kau dah tahu dia baik asal kau lari? Kau gunakan aku ni macam anak patung terpinga ternganga bila kena paksa untuk ganti tempat kau. Dah la qira. Aku malas nak cakap dengan kau. Hati aku ni dah sakit dengan semua ni!" Ujar qila lalu terus menamatkan panggilan.

"Nazirul?"

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience