Bab 5

Humor Completed 19709

Bab 5

"Zad, kau tolong aku tempah tiket ke thailand untuk dua orang. Esok wedding kakak aku. Aku busy sekarang ni. Esok pagi-pagi aku dah kena gerak johor." Pinta aku kepada Azad yang jugak pekerja yang paling aku percaya.

"Baik bos, Gaji lebih bos! Heheh" gurau Azad.

"Banyak lah kau.. aku potong gaji boleh lah." Balas aku.

"Ehh jangan bos. Saya gurau je. Relax." Kelam kabut Azad bangun dari tempat duduknya.

"Tau takut.Aku pun guru je haha. Macam kau tak tahu aku ni macam mana zad. Adui. Dah la aku nak buat kerja ni.. kau tu gi masuk dapur. Melepak je, aku potong gaji betul-betul baru tau!"

"Baik bos!" Azad terus berdiri tegak dan mengangkat tangan kanannya ke dahi,menabik hormat aku seperti polis. Terus dia masuk ke dapur.

"Hailaa. Macam-macam." Aku mengeleng kepala sambil tersenyum kecil.

Tiba-tiba pintu kaca cafe terbuka. Seorang lelaki memakai baju kemeja berwarna merun memasuki cafe aku.

"Haihh. Mamat ni lagi.malas betul aku nak melayan." Keluh aku. Terpaksa aku mengambil pesanan kerana yang dua orang lagi di dapur sebagai tukang masak. Dan hanya aku seorang saja yang menjadi waiter kerana kekurangan pekerja.

Aku berjalan ke arah meja yang lelaki tersebut duduki bersama menu di tangan.

"Ye encik. Nak minum apa?" Tanya aku sambil meletakkan menu di atas mejanya.

"Hurm. Kau lagi,bosan pulak aku tengok. Tak ada perkerja lain ke selain kau?" Mamat poyo menjeling aku. Aku cucuk mata dengan chopsticks baru tau , jadi kasim selamat moden jugak nanti.

"Cafe kami tak cukup pekerja cik. Harap cik faham." Jawab aku bersopan santun.walaupun Dalam hati rasa nak bertukar jadi queen archer supaya aku dapat panah kepala dia.

Mamat poyo tiba-tiba memandang aku. Matanya tertumpu di bahagian dada aku.

'Kurang asam punya mamat poyo dia tengok dada aku!'

"Qil? Nama kau Qil? Apa ke pelik nama kau. Haha. Kau nak jadi pembunuh ke apa? Qil/Kill?" Tanya mamat poyo dengan wajahnya yang terselit dengan senyuman sinis.

'Dia tengok nametag aku rupanya. Cih!'

"Bunuh apanya cik? Cik eja betul-betul Q.i.l. bukan K.i.l.l ke cik tak reti mengeja?" Balas aku sinis.

"Pandai kau melawan aku erk? Aku bagi tahu bos kau baru tahu! Biar kena pecat padan muka."

'Eleh.. kau nak bagi tahu bos suruh pecat aku. Hahaha. Aku nak pecat aku sendiri? Agak-agak lah. Poyo je lebih.'

"Cik nak minum apa? Saya banyak lagi kerja nak buat. Cik jangan buang saya" jawab aku dengan muka yang aku serius.

"Tau takut. Heh! Bagi aku vanilla ais." Jawabnya Tanpa memandang aku.

"Okay cik." Aku terus berlalu dari mejanya ke dapur.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience