Bab 14

Humor Completed 19709

Bab 14

Setelah selesai solat maghrib. Qila terus bersiap-siap. Nazirul sudah mesej padanya yang dia akan menjemputnya selepas maghrib.

Dia mengenakan seluar skinny jeans hitam yang kelihatan padan dengan kakinya yang panjang dan lurus itu lalu dia mengenakan blouse unggu pekat simple. Rambutnya yang lembut beralun di lepas bebas.

Kedengaran mesej dari telefonnya.

-abang dah sampai depan rumah qila ni..

"Abang? Blerghh! Mimpi apa mamat ni?" Kata qila sendiri.

-okay tunggu sekejap. Saya keluar.

Tanpa berlengah lagi dia terus menyembur perfume vanilla by body shop itu pada bajunya dan terus mengambil handbagnya di atas katil.

"Sorry lambat sikit..." ujar qila sambil masuk ke dalam kereta.

"Takpa..sampai kiamat abang sanggup tunggu qila." Ujar nazirul sambil memandang tepat pada qila.

Qila yang sedang memakai seatbelt terus memandang ke arah nazirul yang merenungnya itu.

"Ha..ha.. baguslah." Ujarnya.

"Kenapa guna perkataan abang?" Tanya qila memecah kesunyian.

"Kenapa qila tak suka ke abang bahasa diri abang, abang? " tanya nazirul.

"Umm janggal sikitlah. Lagipun kita bukan kenal lama pun. Awak pun tak kenal siapa saya, saya pun tak kenal siapa awak.. "

"Biarlah dah lama nanti kenallah awak pun cakap baru kenal kan memangla tak kenal sangat saya macam mana... lagipun saya tua dari awak. Jadi tak ada masalah kalau saya bahasakan diri saya abang, manis sikit." Terang nazirul. Terdiam qila.

"Umm.. kekokla.."

"Biasakanlah baru tak kekok.."

__________________
"Ha, mana menantu saya lina.. tak datang sekali ke dia?" Tanya datin zainab.

"Saya pun tak tahula zai. Qila tu tak duduk dengan saya dekat johor, dia duduk dekat kl ni.. lagipun dia ada 3 buah cafe nak kena urus dekat sini." Terang datin amalina.

"Sebenarnya saya nak minta maaf pasal kes zya... saya pun tak sangka dia boleh buat perangai macam tu. Entahla.." ujar datin amalina lagi.

"Tak apalah lina... benda dah nak jadi.. dah zya dan naz tu buka jodoh, jodoh nazirul dengan syaqila.. Allah dah tentukan semuanya. Si qila tu buka cafe apa?" Tanya datin zainab tenang.

"Alah.. cafe little heart yang popular sekarang tu... qila lah pemilik cafe tu yang dirahsiakan tu." Ujar datin amalina.

"Lahh yeke? Nazirul selalu makan dekay situ... selalu dia cakap dekat saya nak ajak saya makan situ. Qila rupanya pemilik cafe tu.. baguslah."

"Assalammualaikum.." kedengaran suara nazirul memberi salam.

"Waalaikumsalam.. haa masuklah."

Qila dan nazirul masuk kedalam rumah. Qila menghulurkan tangan untuk bersalam dengan datin zainab manakala nazirul bersalaman dengan ibu mertuanya.

"Qila?" Tegur datin amalina. Qila yang baru terperasan akan kehadiran mama tirinya itu terkejut.

"Mama?!"

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience