Completed
7262
Bab 9
Satu hari tu, teman serumah saya demam. Katanya dah beberapa malam tak dapat tidur lena kerana mendengar ramai suara orang bercakap. Jadi saya tinggalkan dia sendirian ke rumah sebelum ke pejabat. Sarapan sudah saya sediakan dan untuk makan tengahhari nanti, saya bercadang untuk membelikan saja makanan untuknya dan hantar ke rumah. Dia juga bersetuju begitu.
Walau pun demam, dia tidaklah sampai terbaring saja. Segala kerja rumah yang belum selesai, dia siapkan. Rumah juga dikemaskan selain kerja-kerja lain yang berkenaan. Malah dia sempat masak nasi!
"Aku dah balik ni. Mana kau?"
"Ada dalam bilik ni."
"Marilah makan. AKu dah siap belikan lauk macam yang kau nak. Kau dah sihat ke?"
"Bolehlah. Tadi dah buat kerja sikit, ada keluar peluh. Rasa selesa dari pagi tadi."
"Okaylah tu. Nanti baiklah demam kau tu."
Kami pun akan tengah hari gaya orang bujang dan selesai itu, saya bergegas semula ke pejabat.
Di pejabat sempat saya menelefonnya untuk bertanya khabar. Kerana saya akan balik lambat. ungkin sampai waktu maghrib. Jadi saya memintanya masak apa yang ada untuk dimakan dahulu dan seperti tadi, saya akan belikan makanan untuknya.
Pada waktu itu memang sudah dekat maghrib. Saya pula baru tiba di rumah banglo itu. Saya lihat teman rumah sedang mengikat plastik sampah. Mungkin baru selesai menyapu.
"Nak buang sampah ke mana? Mari aku tolong." Tangan kau hulurkan untuk mengambil bungkusan sampah itu tapi di amenolak.
"Tak apalah, bukan berat pun, aku boleh buat lagi. Kau ni macam aku sakit nak mati pula!"
"Hahah. Tak adalah aku cuma nak tolong. Tapi kalau tak nak, aku okay saja. Aku masuk dalam dululah. Ni ada aku belikan makanan. Nanti kau makan."
Saya terus meninggalkan dia di luar untuk menyelesaikan kerjanya. Saya terus ke dapur untuk meletakkan makanan.
Tiba-tiba saja dia bergegas masuk dalam keadaan ketakutan. Saya dapat dengar derap kakinya berlari masuk ke dalam rumah. Dia terus duduk di ruang tamu dan sedikit menggigil.
Saya yang dari dapur terus ke hadapan untuk melihat apa yang terjadi. Dia sudah memandang satu arah dan menggigil. Panik dibuatnya seketika.
Lalu saya bertanya kepadanya, "Kenapa kau lari kelam-kabut? Ada apa-apa ke?"
Dia yang termengah-mengah menjawab "Aku melihat satu lembaga hitam di luar". Aku keluar dari banglo untuk melihat, tapi tiada apa-apa pun. Sah, gangguan sudah bermula.
Share this novel