Completed
7262
Bab 5
Saya biarkan saja kejadian pelik ini berlalu. Hampir terlupa untuk menceritakannya kepada sesiapa untuk meluahkan rasa bimbang. Apatah lagi mencari orang yang dapat membantu saya menyelesaikan masalah ini.
Tapi beberapa malam kemudian saya kembali mengalami mimpi ngeri.
Setelah mandi dan solat, saya pun ke katil untu baring. Saya memandang syiling tapi fikiran saya menerawang entah ke mana, kosong. Entah kenapa. Banyak perkara yang bermain di minda saya dan saya akui sudah penat mahu memikirnya satu-satu.
Tidak lama, saya pun memutuskan untuk tidur saja. Harap tiada lagi yang mengganggu dan menakutkan saya seperti malam sebelum ini. Mungkin beberapa minit saya terlelap, saya dapat rasakan ada sesuatu yang asing berhampiran dengan saya. walaupun berat mahu membuka mata tapi saya yakin ia ada dis itu .
Ketika itu saya merasakan ada seorang sedang memerhatikan dan jantung saya berdegup kencang sehinggalah saya terbangun daripada tidur.
Sebaik terjaga, perasaan saya kuat menyuruh agar saya ke bahagian kanan bilik tidur. Tiba-tiba saya terpandang satu lembaga hitam legam lagi besar menyerupai tubuh seorang lelaki. Lembaga itu betul-betuk berdiri berdekatan kaki katil!
Terkaku melihat lembaga itu, saya tidak dapat bergerak. Mulut juga terkunci. Umpama saya sedang menyerah diri kepada makhluk tersebut. Hati dan perasaan saya sudah berdebar-debar. Saya bntu untuk memikirkan langkah yang seterusnya.
Saya tidak mampu bergerak sedangkan lembaga tersebut semakin menghampiri saya. Ketika itulah saya berasa sangat takut sehingga tidak mampu membuka mulut kecuali terus berdoa supaya terselamat sambil menggigil ketakutan.
Berdoa dalam hati sahaja kerana suara juga rasa tersekat di kerongkong. Saya mencuba berkali-kali tapi tetap juga tidak mampu membaca sepatah ayat alquran. Hanya dalam hati saya mampu menyebut Allah maha besar tanpa henti.
Mata juga sudah saya tutup rapat sebaik wajah lembaga itu merapati muka saya. Terlalu ngeri bagi saya untuk melihat dan menghadapinya ketika itu.
"Senyaplah!" jerkahan yang saya dengar. Cukup kuat untuk gugur jantung.
Nasib baiklah tiba-tiba terpancar cahaya yang datang dari arah bilik mandi. Mungkin itu cahaya dari kenderaan orang yang memandu melepasi banglo yang saya diami. Silauan cahaya itu membuatkan masa tertangguh. Lembaga itu terhenti merapati saya. Habis menggigil satu badan.
Tapi, setelah cahaya itu muncul, lembaga hitam legam itu hilang melalui pintu bilik tidur berhampiran. Apakah lembaga yang saya lihat tadi? Hantu?
Saya tidak pernah percaya aktiviti paranormal dan saya beranggapan bahawa hantu hanyalah khayalan imaginasi manusia. Namun, saya tidak berminat hendak mengkaji apakah jenis makhluk aneh yang menghantui banglo lama itu.
Dalam hati saya syukur, saya tidak diapa-apakan. Inilah kali pertama lembaga tersebut bertindak demikian.
Share this novel