Bab 2

Thriller Completed 7262

Bab 2

Pada malam kelima menginap di rumah banglo itu, tiba-tiba suhu bilik jatuh ke paras yang sangat rendah. Malam sebelumnya saya rasakan tidaklah terlalu sejuk. Biasa saja. Tapi malam ini malam beza benar. Saya yang tidak berselimut ketika tidur menggagau mencari selimut tengah amalam semata-mata kerana sudah menggigil.

Saya terjaga kesejukan sampai menggigil. Lebih memeranjatkan, saya terbatuk-batuk dan keluar wap semasa bernafas. Pelik, mengapa suhu bilik tidur saya terlalu sejuk? Adakah suhu sejuk ini datang dari luar? Saya tertanya-tanya sendirian.

Hati mula rasa tidak sedap dan terasa seperti ada sesuatu yang buruk akan berlaku kemudian. Tapi saya masih positif. Mungkin sejuk kerana angin yang bertiup terlalu kencang malam itu. Boleh jadi juga bukan?

Saya mula mengesyaki ada sesuatu yang tidak kena. Kenapa tiba-tiba saja rasa sejuk sampai tahap menggigil di dalam bilik tidur saya? Apa yang menyebabkan hal ini terjadi sampai begini sejuk saya menggigil.

Tidak puas hati saya bangun dari tempat baring dan menyarung sweater yang saya ambil dari dalam almari. Selepas siap membalut tubuh, saya berdiri dan membuka pintu bilik. Ternyata memang ada yang tak kena sedang berlaku dalam rumah banglo yang saya diamii pada malam itu.

Sekonyong-konyong, dari sudut penjuru meja makan yang saya boleh lihat dari pintu bilik, saya terlihat lembaga berkabus yang sedang bergerak beralun, perlahan-lahan melepasi bilik tidur saya. Saya menggosok-gosok mata untuk memastikan bukan bermimpi. Apakah objek aneh itu? Atau saya masih lagi mamai hingga membayangkan perkara yang bukan-bukan sedang berlaku? Tidak, saya menggeleng kepala.

"Aku bermimpi ke ni?" monolog sendirian sambil tangan ligat menggonyoh mata kerana mahu mempercayai apa yang sedang dilihat dengan mata kasar.

"Aku tidak mimpi bukan? Kabus apa yang masuk ke dalam rumah?" Pipi kiri dan kanan ditepuk berkali-kali bagi memastikan saya tidak mamai. Dan apa yang sedang dilihat adalah benar belaka.

Tidak puas hati aku turut mencubit tangan kiri pula. Sakit. Jadi benarlah saya bukan mamai mahu pun bermimpi. Ini memang terjadi di hadapan mata sendiri.

Saya cuba berjalan perlahan-lahan sambil menggigil kesejukan. Saya melihat kabus tersebut masih bergerak-gerak, beralun-alun. Pergerakannya jug perlahan. seperti terbang ditiup angin sepoi bahasa. Saya memberanikan diri berjalan ke hadapan sedikit untuk melihat apakah sebenarnya yang sedang berlaku.

Saya cuba mengekori pergerakan lembaga berkabus itu. Tapi sebaik saya membuka pintu utama dihadapan rumah, kabus itu terus hilang. Hilang ke dalam udara. Tidak dapat dilihat dan dikesan lagi ke mana arah tujunya. Saya melihat sekeliling. Sunyi. Saya kebingungan melihat apa yang terjadi. Kabus aneh apa yang berada dalam rumah saya tadi?

Saya tambah bingung apabila perasan tentang perbezaan suhu di dalam rumah dan luar rumah. Paling memeranjatkan saya, udara di luar rumah panas tapi mengapa dalam rumah bilik tidur sejuk menggila? Saya periksa suis penghawa dingin tapi tidak dibuka. Keanehan itu terus menghantui saya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience