Completed
7262
Bab 11
Malam itu juga saya ke rumah mak cik Senah. Mengetuk pintu rumahnya bertalu-talu. say atidak peduli lagi jika bertindak kurang sopan. Ini adalah kecemasan. Teman serumah pun sudah saya kejutkan tadi dan dia bersama saya ke rumah mak cik Senah. Biar pun masih demam, dia juga tidak sanggup menghadapi gangguan itu.
Suami mak cik Senah muncul dari sebalik pintu sambil menggosok mata. Dia juga terpinga-pinga kerana kami bergegas ke ruumahnya pada tengah malam itu. Sambil mencungap saya menceritakan apa yang terjadi.
Terus suami mak cik Senah mengajak kami masuk dan duduk di ruang tamu. Setelah kami sedikit bertenang, mak cik Senah menghulurkan minuman kepada kami. Kami berdua menceritakan semula apa yang terjadi dan suami mak cik senah terus menghubungi Ustaz Daud.
Tapi sayangnya Ustaz Daud masih belum pulang dari urusan di luar kawasannya. Maka tidak banyak yang dapat kami lakukan malam itu.
Mak cik senah dan suami menjemput kami berdua bermalam saja di situ. Tapi saya menolak dengan baik. Cuma Teman serumah saya saja yang mahu bermalam di situ kerana dia tidak ada tempat untuk dituju.
Kali ini saya nekad. Pada masa yang sama, saya tidak sanggup lagi untuk terus menunggu. Entah apa lagi insiden yang bakal berlaku.Biarlah saya yang meninggalkan banglo ini. Saya membuat keputusan berpindah ke rumah lain.
Malam itu juga saya memandu ke pekan terdekat dan mencari hotel mahu pun rumah tumpangan yang boleh saya jadikan tempat untuk tidur.
Keesokannya saya membeli pakaian baru dan ke pejabat untuk memekaumkan masalah ini kepada pegawai atasan. Mujurlah dia memahami dan saya diberikan cuti untuk dua hari.
Dengan bantuan suami mak cik senah dan kenalannya, saya kembali semula ke banglo itu untuk mengemaskan pakaian. Setelah selesai kami segera meninggalkan rumah banglo tersebut. Teman serumah saya juga telah siap mengeluarkan segala barangannya dan mendapat rumah baru atas pertolongan kenalan suami Mak cik Senah.
Saya sangka hal ini boleh diselesaikan tapi rupanya tidak. Ustaz Daud juga masih belum pulang dan kami membiarkan dahulu perkara itu.
Buat sementara ini saya menetap dahulu di hotel murah di pekan. Lebih baik di situ dari terus-terusan diganggu dan ditakut-takutkan.
Malah pihak syarikat juga sudah meneliti hal ini dan akan memberikan rumah yang lain.
Selepas sebulan, rumah itu cuba dipulihkan oleh Ustaz Daud. Tak pasti jika benar-benar berjaya menghalau segala ganguan yang sudah lama berada disitu. Menurut cerita ada lelaki tua mati dibunuh oleh keluarganya sendiri. Semuanya terjadi kerana lelaki itu bukanlah bapa yang baik dan keluarganya berantakan kerana sifat mabuk dan judinya.
Oleh kerana tidak tahan, anak-anak lelaki tua itu berkomplot membunuh bapa mereka kerana sudah tidak tahan melihat ibu mereka menderita.
Sehingga kini, saya tidak tahu jika ada penghuni yang berjaya mendiami rumah banglo itu lebih lama dari saya. Saya juga tak lama bekerja di kawasan itu. Lebih kurang enam bulan, saya ditempatkan di ejabat utama syarikat pula setelah saya meminta izin pertukaran.
Saya tak mungkin kembali ke sana lagi.
Share this novel