Completed
7262
Bab 7
Ustaz Daud dan dua orang pembantunya membacakan ayat suci al quran dan memberikan air penawar untuk saya. Sejam kemudian saya semakin baik tapi asih lagi demam.
Suami Makcik Senah dan Ustaz Daud serta pembantunya ke rumah banglo yang saya diami. Kunci rumah telah saya serahkan dan saya tidak dibenarkan untuk turut serta. Maka tinggallah saya, mak cik Senah dan anak lelakinya di rumah.
Sekembalinya suami mak cik Senah dan Ustaz Daud, saya diceritakan tentang apa yang berlaku.
"Saya sudah melihat rumah tersebut. Memang ada sesuatu yang tinggal di situ. Buat masa ini saya juga tak mampu berbuat apa-apa selain memagarrumah tersebut.
"Encik Fahri boleh duduk di rumah tu tapi kita kena pulihkan keadaan di sana juga dari masa ke masa." Beritahu Ustaz dengan tenang.
"Selamatkah saya mahu tinggal di situ seorang diri?"
"Boleh saja. Tapi kuatkan semangat. InshaAllah tak jadi apa-apa. Saya akan kembali lagi esok untuk memulihkan rumah itu."
Mendengar kata-kata ustaz tersebut buat aku senang hati sdikit. Aku tidak sanggup meninggalkan kerja ini semata-mata kerana masalah rumah banglo yang aku diami.
Disebabkan kejadian yang berlaku, saya jadi sedikit fobia. Untuk itu saya mendapatkan teman serumah. Setelah mengiklan, akhirnya ada seorang lagi pekerja yang mahu tinggal dengan saya.
Tambahan ada pekerja yang menemani saya di rumah ini tidaklah rasa gerun sangat. Walaupun kadang kala saya terus-terusan teringat bagaimana diganggu makhluk ghaib itu.
Sejak dipulihkan oleh Ustaz Daud tempoh hari, sudah tiga minggu saya dapat mendiami rumah banglo ini dengan aman.
Disebabkan semakin sibuk, kerja-kerja di pejabat juga saya bawa balik ke rumah untuk disiapkan. Oleh kerana perlu diteliti lebih lama, kadang kala saya hanya boleh tidur jam dua pagi.
Satu malam, saya terdengar ada pegerakan di luar tingkap bilik. Oleh kerana teringatkan kisah lalu, saya menjenguk ke luar. Kiri dan kana saya pandang tetapi tiada apa di situ.
Entah datang dari mana, tiba-tiba ada seekor kucing melompat dihadapan saya. Ketika itu terasa bagaikan jantung gugur ke bumi. Saya fikir lembaga hitam yang pernah hadir datang mengganggu saya lagi.
"Ini tak boleh jadi. Kucing siapa yang dilepaskan malam-malam begini dan berkeliaran."
Aku mengomel seorang diri sambil menghalau kucing yang telah memeranjatkan saya sebentar tadi.
Share this novel