Bab 4

Thriller Completed 7262

Bab 4

Saya terus memberanikan diri terus berjalan ke ruang tamu cuba mencari objek hitam tadi tapi puas melilau memerhatikan ia tidak kelihatan di mana-mana. Apakah benar apa yang saya nampak tadi? Bagaikan tidak percaya saya sedang mengalami semua ini.

Banglo ini memang tidak banyak perabot jadi tiada tempat boleh bersembunyi. Tapi setelah disiasat (saya memberanikan diri mengelilingi rumah untuk meninjau keadaan di sekitar) memang tiada sesiapa pun berada dalam banglo ketika itu kecuali saya seorang. Jiran-jiran juga jauh dan tk mungkin mereka kesini pada waktuu begini. Saya tidak nampak atau terfikirkan satu alasan yang membolehkan mereka mahu berada di rumah saya ketika itu.

Setelah mengalami gangguan menyeramkan sejak seminggu tinggal disitu, saya semakin tidak selesa. Apa yang telah berlaku dalam banglo lama ini?

Saya pula tidak bermimpi atau mengalami halusinasi. Saya pasti lembaga besar, hitam berkilat yang saya lihat tadi benar-benar menyerupai seorang lelaki. Ya lelaki. Sama seperti mimpi aneh dan menakutkan yang saya alami pertama kali ketika menduduki rumah itu.

Saya berasa bingung. Siapa patut saya tanya dan apa yang patut saya buat untuk mengatasi gangguan mistik ini?

Saya kembali ke bilik dan membaca beberapa surah yang terlintas di fikiran sebelum saya melelapkan mata. Mungkin kerana badan pun sudah penat, maka saya tidak alami masalah untuk melelapkan mata. Biar pun otak masih ligat berfikir.

Keesokkan harinya saya bangun dan bersiap seperti biasa. tentunya kejadian yang berlaku semalam menghantui fikiran dan saya tidak bercadanng untuk berlama-lama di dalam rumah itu dan terus melangkah keluar untuk ke pejabat.

Kali ini saya nekad untuk menceritakan saja masalah yang sedang saya alami. Gangguan pelik yang tak masuk dek akal!

Setiba di pejabat, tentunya staf saya menegur dan mengucap selamat.

"Selamat pagi bos. Bos ok ke tak ni?" Melihat wajah keruh saya, wajah manis yang mengucap selamat tadi turut sama ikut berkerut.

"Saya ok. Tak apa-apa." jawapan ringkas untuk mengelak.

"Betul ni? Kenapa bos macam tak cukup tidur? Bos ke mana agaknya ni? Buat apa?" Cubaan meneka yang tak mengena dan saya juga malas nak melayan kerana tidur yang tak nyenyak malam tadi. Saya balas dengan senyuman sajalah dan berlalu meninggalkannya terpinga-pinga menuju ke bilik.

Kasihan pula. Tapi saya dah malas nak bercerita. Kalau saya layan pasti banyak soalan lain yang timbul dan menambahkan pening kepala saja.

Di dalam bilik saya termenung sbentar seorang diri hingga pembantu saya memecah lamunan dengan ketukan tegasnya di pintu.

"Masuklah. Ada apa ni?"

"Saya nak ingatkan perjumpaan yang sudah dijadualkan hari ini."

"Saya rasa kita batalkan janjitemu itu semua. saya rasa tak sedap badan untuk berbincang dengan mereka."

"Tapi bos.."

"Tak apa. Awak batalkan saja. Nanti saya akan make it up dengan mereka semua kemudian."

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience