Completed
7262
Bab 10
Pada malamnya pula,semakin teruk keadaan di banglo. Giliran saya pula diganggu kembali.
selepas balik kerja, saya akan terus mandi dan berbaring di sofa ruang tamu sambil menonton televisyen sebelum bergerak ke bilik tidur. Malam itu rasa hati sangat tak tenang. Macam ada sesuatu yang buruk bakal berlaku.
Bila semua jiran dan teman serumah saya lena tidur, saya seorang saja yang belum tidur. Ketika saya berada di dalam bilik, saya mendengar ada seperti satu keluarga lain yang sedang berbual-bual dan ketawa-ketawa. Setahu saya waktu ini sepatutnya sudah senyap sunyi. Tapi ini tidak pula.Semakin lama semakin kuat mereka berbual.
Saya yang sedang mengantuk mahu tidur meneliti dan mendengar apa yang saya dengar itu benar atau tidak. Saya beranikan diri untuk menjenguk ke luar tetapi tiada siapa2 pun di bawah tetapi masih ada suara orang berbual. jadi saya kembali semula ke dalam bilik dan baring di atas katil.
Setelah beberapa jam cuba tidur, akhirnya saya terlelap juga. Namun, tak lama selepas saya terlelap, saya mimpi perkara yang pernah saya mimpikan sebelum ini.
Dalam mimpi itu saya melihat ada suatu lembaga aneh merenung saya tidur. Saya dapat lihat lembaga tersebut. Dia berdiri dari satu sudut bilik dan semakin lama semakin menghampiri saya. Mata dan pandangannya memerhatikan tubuh saya yang terbaring tidur.
Lembaga aneh merapati wajah saya dengan wajah yang sangat marah. Wajah lembaga itu kelihatan seperti seorang lelaki tua dengan kedutan di wajahnya. Rautnya seperti orang yang sedang marah teramat.
Saya sendiri tidak senang dengan tenungan amarah yang diberikan dan saya meronta untuk bangun namun tidak dapat berbuat apa-apa. Bagaikan ada sesuatu yang menghalang.
"Senyaplah!" Itulah perkataan yang diucapkannya dengan kuat ke muka saya.
Terus saya terjaga. Peluh menitik di dahi.
Istighfar. Itulah yang saya buat sebaik terjaga.
Kemudian saya cuba tidur kembali dan kali ini mudah pula saya terlelap berbanding tadi.
Jam menunjukkan pukul 4 pagi dan saya terjaga kembali.
Masa saya nyenyak tidur, tiba-tiba kaki saya kena tarik hingga saya jatuh katil. Di dalam bilik itu cuma ada saya yang tidur di katil. tak ada orang lain. Saya fikir teman serumah mahu bergurau tapi tiada siapa pun dalam bilik saya ketika itu.
Saya bangun dan menjenguk bilik teman serumah. Ternyata dia sedang tidur berselimut. Mungkin kerana penat dan masih terkejut akibat diganggu siang tadi.
Anehnya, bila saya jenguk ruang tamu semula, dia sedang terbaring di sofa dengan televisyen terbuka!
Apabila saya kembali semula ke bilik, saya nampak selimut di katil dia membonjol. Bila selimut itu ditarik, saya terkejut kerana ada batu nisan yang sudah retak di situ. Tiba-tiba seluruh bilik berbau hanyir dan busuk seperti mayat.
Share this novel