Bab 6

Thriller Completed 7262

Bab 6

Kesokan harinya saya bergegas ke rumah jiran untuk meminta bantuan. Mak cik Senah yang kasihan melihat keadaan saya yang ketakutan berjanji untuk membantu.

"Mak cik tak sangka kamu yang kena. Sebab sebelum ini ada juga orang lain duduk di situ tapi dua malam saja. masuk malam ketiga dia pun cabut lari. Tapi untuk kes kamu pulak, mak cik lihatkamu bertahan lebih dua minggu.

"Jadi mak cik ingat kamu tak diganggu oleh makhluk dalam rumah tu. Rupa-rupanya sangkaan mak cik meleset. Kamu menanggung segala gangguan rupanya seorang diri di dalam rumah tu.

"Mujurlah kamu ni lelaki. Kalau perempuan agaknya entah apa yang terjadi.

"Mak cik fikir syarikat kamu sudah memulihkan rumah tu sebelum membenarkan pekerjanya tinggal di situ tapi tidak. Dibiarkan begitu saja. Mungkin pihak pengurusan tak percaya benda-benda begini memenag wujud dalam dunia ini. Kamu sabarlah Fahri."

"Kasihan pula mak cik lihat kamu ni. Jangan bimbang lagi. Mak cik akan bantu kamu. Sekarang ni kamu balik ke rumah dulu untuk bersiap ke klinik. Kamu pun nampak macam tak sihat saja ni. Baik dapatkan rawatan dulu."

"Balik dari klinik nanti kamu ke rumah mak cik saja berehat. Mak cik bimbang kalau kamu berehat di rumah tu sendirian entah apa lagi yang akan dilakukannya terhadap kamu."

"Kita akan ikhtiar perkara ini sama-sama agar benda tu boleh dihalau keluar dari rumah dan berhenti mengganggu penghuninya."

Saya mengangguk bersetuju. Segala cadangan Mak cik Senah saya ikut saja. Fikiran saya tak mampu lagi menghadam apa yang sedang berlaku akibat ketakutan yang melampau sejak kejadian malam tadi.

Balik dari klinik, saya terus ke rumah Mak cik Senah. mak cik Senanh dan suaminya sangat baik. Makanan tengah hari sudah disiapkan untuk saya jamah. disebabkan saya demam menggigil tak banyak yang boleh saya habiskan. Namun saya rasa amat terhutang budi dengan layanan bai yang diberikan.

Setelah tidur di bilik tetamu rumah Mak cik Senah akibat menelan ubatan, saya dikejutkan oleh suaminya.

"Fahri bersiap dulu, ada ustaz nak berjumpa dengan anak. Dia akan membantu untuk memulihkan semangat anak dulu ya."

Dalam keadaan masih mamai dibawah pengaruh dadah ubatan yang ditelan, saya gagahkan juga badan dan berjalan ke ruang tamu. di situ sudah menunggu tiga orang lelaki. Ustaz Daud dan dua pembantunya.

Setelah bersalaman dan duduk, Mak cik Senah menceritakan kembali apa yang terjadi mengikut cerita yang saya sampaikan kepadanya pagi tadi. Walau pun banyak diam saya sempat menyampuk untuk menguatkan lagi cerita tentang apa yang terjadi.

"Tak apalah kalau begitu. Saya akan cuba membantu Fahri dulu dan kemudian kita akan menjenguk rumah banglo itu." beritahu Ustaz Daud.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience