Completed
7262
Bab 8
"Fahri, malam tadi boleh tidur ke?" soal teman rumah saya apabla tiba di meja makan. Dia sudah siapkan kopi dan sedang menikmati roti bersapu jem.
"Boleh lah. Tapi ada kucing datang mengganggu. Terperanjat saya dibuatnya. Tengah-tengah malam pula dia datang menguis tingkap. Saya fikir pencuri pada mulanya. Entah dar mana datang pun tak pasti." Jelas saya sambil tangan menyapu jem ke atas roti.
"Oh. Begitu. Saya pula rasa lain macam semalam."
"Eh kenapa pula?"
"Saya rasa macam ada seseorang sedang tenung saya tidur."
"Kenapa kamu rasa begitu pula? Perasaan mungkin. Rumah inikan sudah dipagar oleh Ustaz Daud."
"Entahlah. Tapi itulah yang saya rasa. Saya rasa tak sedap hati dan langsung tak boleh tidur semalam."
"Tak pelah. Saya akan beritahu suami mak cik Senah supaya memaklumkan hal ini kepada Ustaz Daud segera supaya di aboleh datang periksa rumah ini semula. Saya harap apa yang awak rasa tu bukan apa-apa yang serius."
Dia hanya mengangguk dan menghabiskan roti dan kopinya. Setelah saya juga selesai maan, kami sama-sama ke pejabat.
Tiba di pejabat saya termenung seketika mengingatkan apa yang diberitahu sebentar tadi.
Kehadiran kucing yang entah dari mana dan perasaan tidak sedap dari teman serumah buat saya mahu percaya bahawa lembaga hitam yang pernah mengganggu
sebelum ini.
Saya bimbang jika keadaan kembali seperti dulu dan kemungkinan menjadi lebih buruk dengan gangguan yang bakal berlaku.
------------------------
"Mak cik Senah, boleh minta Ustaz daud datang untuk melihat rumah itu semula tak?"
"Kenapa Fahri? apa yang dah berlaku? Jangan kata kamu diganggu lagi?"
"Eh tak lah. Saya tak diganggu pun. Cuma saya perasan macam ada benda tak kena di umah tu. Jadi saya nak minta Ustaz tengokkan."
"Oh begitu. mak cik rasa dia tak ada di kampung ni buat masa sekarang. Sebab semalam mak cik berjump adengan isterinya. Dia ada kata Ustaz ke luar kawasan kerana ada urusan. Tapi FAhri jangan risau. Mak cik akan minta isterinya maklumkan jika Ustaz Daud sudah kembali nanti."
"Baiklah mak cik. Tak perlu tergesa-gesa. Saya ras buat masa ini, keadaan masih okay. Cuma nak minta Ustaz Daud periksa semula. Saya tak mahu hal lama berulang kembali. Itu saja."
"Baiklah nak."
Share this novel