Prolog

Romance Series 22677

Prolog

PAP! Reiz capai tangan gadis itu dan dipegangnya sekemas mungkin. Azizah mendongak. Pandangannya kabur dengan air mata. Dia juga cuba memaut tangan lelaki itu dengan kuat. Kalau tadi, dia berasa mati lebih baik dari hidup tapi kini, Azizah merasa sebaliknya pula. Jatuh dari tingkat 9, hanya maut yang menunggu di bawah melainkan adanya keajaiban dari Tuhan.

Reiz tarik tubuh itu untuk naik semula ke atas. Beberapa orang pengawal keselamatan segera datang membantu. Azizah peluk tubuh itu kuat kuat bersama tangis yang hiba. Semua yang ada memandangnya dengan nafas lega. Jika mereka terlambat sedikit saja tadi, pasti gadis itu sudah kehilangan nyawanya.

"Rahsia kan hal ni. Jangan beritahu sesiapa!"

"Baik Tuan."

Reiz membiarkan gadis itu berjalan di dalam dakapannya. Mereka turun ke bawah melalui pintu kecemasan sebelum masuk pula ke dalam lift. Setelah itu, Reiz benarkan gadis itu masuk ke dalam keretanya. Dan mereka berlalu pergi dari situ tepat jam 3 pagi.

Senyap. Reiz Masih tidak mahu membuka mulut. Dia hanya membiarkan gadis itu menangis sepuas hatinya. Cubaan bunuh diri bukan hal yang remeh. Dalam fikiran Reiz, pasti ada hal berat yang telah berlaku dan hal itu tidak pula dapat ditebak dengan mudah, apakah ia.

"Balik rumah saya." Reiz bersuara setelah kereta yang dipandu masuk ke simpang rumah orang tuanya.

Azizah pandang Reiz sekejap. Reiz faham maksud renungan itu.

"Kita bukan berdua pun. Ada mama saya. Ada Mak Kiah. Ada adik ipar saya. Ada anak buah."

Azizah mengangguk. Dan kereta itu masuk ke sebuah banglo tiga tingkat. Melihat jam di dashboard buat dada Azizah berdebar terus. Pasti tidak manis seorang gadis mengikut lelaki yang tidak dikenalinya pulang ke rumah orang tuanya pada waktu-waktu begini. Apalah yang akan penghuni rumah itu fikir nanti.

Reiz buka pintu sebelum mempelawa Azizah masuk. Dia bawa Azizah naik ke tingkat atas. Sebuah bilik tamu akan menjadi tempat persinggahan Azizah untuk malam ini. Azizah masuk ke bilik itu tanpa ada perasaan ragu-ragu. Saat pintu kamar ingin ditutup rapat, mulutnya pantas bersuara.

"Encik."

Reiz Umair berpaling, memandang gadis itu.

"Terima kasih."

Reiz mengangguk. Senyum di bibir terbuka sedikit.

"Awak berhutang dengan saya satu penjelasan. Dan saya nak awak bayar hutang tu esok hari, boleh?"

Kali ini, Azizah pula yang mengangguk. Pintu itu dirapatkan. Badannya menyandar di belakang kayu itu. Sebak dan sedih kembali berbaur. Penjelasan? Apa yang harus dia jelaskan pada lelaki itu? Azizah bertanya pada fikirannya sendiri. Dan waktu yang berlalu buat dia jadi buntu mencari satu kata jawab.

"Budak perempuan?" ulang Mak Kiah tak percaya. Setahu dia, Riez tak pernah nak bawa balik perempuan walaupun sekali. Anak sulung Dato Kamilah tu memang tak suka nak bercakap soal jodoh dan perempuan, Apatah lagi sejak usianya sudah menjangkau 36 tahun ke atas ni, riaknya akan berubah bila Dato Kamilah membangkitkan soal kahwin.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience