Bab 9

Romance Series 22677

MAK KIAH lihat kiri dan kanan Azizah penuh dengan barang-barang hantaran. Dibantunya juga apa yang patut dibawa naik ke bilik Azizah. Dato Kamilah memandang bakal pengantin itu dengan senyum penuh. Sungguh dia tak sabar nak terima Azizah sebagai menantunya. Barang-barang hantaran itu diambil gambarnya dan dihantar kepada Fina melalui WhatsApp. Semedan itu, Fina membalas.

Seharian keluar berjalan buat tubuh badan Azizah terasa penat. Selepas makan malam, dia meminta izin untuk naik ke bilik. Di dalam kamar, Azizah pandang barang hantaran yang dibelinya tadi. Terasa semua ini seperti mimpi pula. Di saat dia menginginkan seorang lelaki sebagai suaminya, semua harapan itu sekadar datang dan pergi umpama angin lalu.

Azizah pandang dirinya ke dalam cermin. Hatinya masih berbisik jahat tentang hari-hari semalam. Dia baring di katil sambil merenung masa depan. Bahagiakah dia nanti? Bisakah dia gapai bahgia yang dia mahu? Dan satu nama masuk ke dalam fikiran dengan tiba-tiba. Azizah Hela nafasnya perlahan-lahan bila empunya nama itu mengusik lamunan.

Kali pertama melihat Dean Fiqri, hatinya sudah terpaut. Lelaki itu punya ciri-ciri lelaki idaman yang dia mahu. Renungannya yang tajam dan dalam itu seperti tusukan asmara yang masuk ke jiwa Azizah. Betapa fikirannya jadi asyik kerana lelaki itu. Kerana senyumnya. Lirikan matanya. Pertuturan bicaranya. Semuanya sempurna di mata Azizah. Lagi pula Dean cuma beberapa tahun saja tua dari umurnya. Azizah nampak kesempurnaan itu.

Dari pertemuan yang tidak terjangka, berpanjangan pula di dalam telefon. Dean seorang yang sangat pandai memujuk hingga hati Azizah selalu cair dan lemah. Bisikan yang timbul di dalam hati tentang lelaki itu tak mahu dipeduli. Bagi Azizah, bisikan itu sekadar kata hati yang tak punya apa apa erti.

Pertemuan demi pertemuan, akhirnya bibit-bibit cinta tumbuh dengan mekar. Azizah hilang dalam dunia perasaannya sendiri. Dia lebih banyak menghabiskan masa bersama Dean. Hidupnya akan sunyi kalau lelaki itu tidak ada di sisinya. Suara lagu di telifon buat lamunan Azizah jadi singkat.

Panggilan itu dijawab terus. Azizah segera memaklumkan kepada Puan Ramlah tentang hajat Dato Kamilah hujung minggu esok. Sambil bercakap, matanya memandang barang-barang hantaran yang elok tersusun di biliknya. Gelak tawa Puan Ramlah mencuit telinga entah untuk beberapa kali. Azizah tahu, emaknya sangat senang mendengar berita itu.

Sudah lama Puan Ramlah berhasrat melihat anak tunggalnya melangsungkan perkahwinan. Sebelum ajal menjemput, itulah satu satunya hasrat yang dia ingin Allah kabulkan. Azizah letak telifonnya ke sisi bila perbualan itu sudah pun selesai. Keluhan di bibir mengulit resah yang bukan sedikit. Hatinya gementar dengan apa yang berlaku saat ini.

Bisakah dia mencintai lelaki itu seperti mana dia mencintai Dean?

******

Menghitung hari. Itulah yang sedang dilakukan oleh Reiz. Pertemuan Dato Kamilah dengan keluarga Azizah seperti mematri janji dalam mencipta hubungan yang halal antara dia dan Azizah. Borang nikah dan segala macam persediaan lain sudah disiapkan. Kini, dia cuma menunggu hari keramatnya tiba. Hari dia dan Azizah akan di satukan.

"Dua minggu lagi, Reiz. Dua minggu tak lama mana." Kata Dato Kamilah tenang. Reiz ungkap senyum di bibir.

"Petang nanti sampai lah Kak Fina. Dia tak sabar nak jumpa Azizah."

Reiz panjangkan senyumannya tadi. Seketika, Azizah datang membawa sarapan pagi. Setelah sarapan dihidang, Mak Kiah meminta Azizah membawa bekas kaca yang berisi daun pandan yang sudah diricih halus bersama bunga mawar ke bilik Kak Fina.

"Fina suka betul dengan bau wangi pandan dan ros ni, Azizah. Dia alah dengan sebarang wangian rumah."

Azizah mengangguk faham. Dia ambil bekas itu dengan cermat dan dibawa naik ke tingkat atas. Pintu bilik tidur yang hanya terletak di sebelah bilik tamu, dikuak perlahan. Harum daun pandang menusuk lembut ke telinganya hingga bibir Azizah menguntum senyum kerananya.

Langkah Azizah maju ke dalam bilik. Hal pertama yang menarik perhatiannya adalah potret perkahwinan tuan empunya bilik yang tergantung di atas kepala katil. Potret yanb cukup besar. Diamati potret itu dengan tubuh kaku kerana dia cukup kenal dengan wajah lelaki yang ada di situ.

"Dean?" Azizah tergamam. Hatinya bergemeletak tak menentu. Dan tanpa dia sedar bekas daun pandan itu terlepas dari tangannya. Azizah jadi pusing terus. Segala apa yang berlaku antara dia dan Dean dulu berlegar dalam kepala dengan sangat cepat.

Pam! Azizah rebah ke lantai serta merta.

Azizah menggeleng lemah. Beberapa minit kemudian, Dr. Johan keluar dari bilik itu ditemani Tuan Reiz. Mereka seperti sedang bercakap-cakap tentang sesuatu. Pastinya tentang kesihatan Azizah. Azizah pegang dahinya yang mula terasa panas. Untuk saat itu, dia terasa ingin lari. Lari dari rumah itu. Lari dari Tuan Reiz. Lari dari Dean. Lari dari semua yang ada termasuklah takdirnya sendiri.

Share this novel

Rahamah SpWsA
2022-01-26 23:30:24 

saya membaca cerita awak..


NovelPlus Premium

The best ads free experience