Bab 1

Romance Series 22677

Dalam ralit berfikir, sedar tak sedar azan subuh sudah pun berkumandang. Reiz bingkas untuk solat. Sesudah itu, dia pergi mendapatkan Mak Kiah. Dia yakin Mak Kiah dah bangun. Reiz turun ke tingkat bawah. Kebetulan dia ternampak Mak Kiah baru keluar dari biliknya untuk membuat sarapan pagi.

"Mak Kiah, boleh tolong Reiz satu hal?"

"Apa Reiz?"

"Mak Kiah boleh cari baju Kak Fina kat bilik dia then bagi pada budak perempuan yang ada dalam bilik tamu tingkat dua "

Mak Kiah panar sekejap.

"Budak perempuan?" ulangnya tak percaya. Setahu dia, Riez tak pernah nak bawa balik perempuan walaupun sekali. Anak sulung Dato Kamilah tu memang tak suka nak bercakap soal jodoh dan perempuan, Apatah lagi sejak usianya sudah menjangkau 36 tahun ke atas ni, riaknya akan berubah bila Dato Kamilah membangkitkan soal kahwin.

"Perempuan mana?" tanya Mak Kiah lanjut. Reiz seperti ambil masa nak jawab pertanyaan itu. Dia pun tak tahu nak jawab apa pada Mak Kiah. Nak kata kawan, bukan. Nak kata pekerja, mungkin ya mungkin tidak.

"Reiz. Ish! Dia boleh melamun pula!" Mak Kiah tepuk tangan Reiz. Reiz jadi tergagap-gagap terus.

"Err... pekerja Reiz tu Mak Kiah. Dia ada masalah sikit."

"Masalah apa?"

"Err... dia tak dapat bayar sewa sebab baru mula kerja jadi dia kena halau dengan tuan rumah. Dia ingat semalam, dia nak stay kat pejabat tapi Reiz tak benarkan . Itu yang Reiz bawa dia balik sini."

"Ooo...," panjang o Mak Kiah.

"Mak Kiah beri dia telekung sekali ya. Cakap kat dia, hari ni dia tak perlu pun nak masuk kerja."

"Baik."

Reiz tarik nafas lega. Dia tahu Mak Kiah akan menceritakan hal itu kepada mama nanti. Jadi sebab itu apa jua soalan yang keluar dari mulut wanita itu harus dijawab kerana soalan itulah juga yang akan keluar dari mulut mamanya kelak.

Riez lihat Mak Kiah sudah ambil beberapa pasang gaun labuh yang elok kejadiannya, menutup aurat dan tak seksi pun. Tak jarang juga tak singkat. Dia hanya menunggu Mak Kiah turun dari tingkat dua. Awal awal lagi Mak Kiah dah senyum.

"Lawa budaknya Reiz. Mama mesti suka."

Kening Reiz dah berkerut. 'Eh, dia bukan bawa balik calon menantu! Ish Mak Kiah ni, mudah sangat pesongkan fikiran!' bebel hati Riez dalam diam. Mak Kiah tu, maid sebelah rumah pun dia cakap cantik. Pada mata Reiz biasa saja. Jadi kalau Mak Kiah cakap cantik tu, jangalah teruja sangat. Ya, Reiz dah lali dengan kata kata itu.

"Sapa nama dia?" tanya Mak Kiah sambil pandang muka Reiz, tepat! Riez jadi terkebil kebil balik. 'Alamak! Apa nama dia? Kalau tenguk dari pakaian macam orang bandar. Mesti nama dia, Arianna atau Hazel atau Katty.'

"Riez! Astaghfirullah... budak ni lah!"

"Err... Riez tak pasti nama sebenar dia tapi budak pejabat Riez panggil dia cantik sebab dia cantikkan." Reiz beri jawapan selamat. Mak Kiah tersenyum lebar. Dipegangnya lengan Reiz kemas-kemas.

"Memang cantik pun!" teruja sungguh nada Mak Kiah pagi tu. Reiz sekadar senyum. Seperti yang dia cakap tadi, begitulah Mak Kiah bila nampak perempuan cantik. Semuanya ingin direkomendasikan supaya bisa menjadi menantu sulung dalam rumah ni tapi hati Reiz tak mudah nak terpaut.

"Nice to meet you, Azizah." Reiz pandang wajah itu seketika saat tangan Azizah digenggam kemas. Perasaan yang bergulut di dalam dada waktu itu sangat sulit untuk diterjemahkan. Azizah tarik tangannya perlahan-lahan bila Reiz Masih tidak mahu melepaskannya. "Jom nikah." "Huh?" Azizah jelas terpinga. Reiz pantas bangkit dari lamunan. "Eh tak. Maksud saya, jom balik."

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience