Bab 10

Romance Series 22677

Pam! Azizah rebah ke lantai bersama kaca yang pecah. Bunyi bising itu buat Dato Kamilah, Mak Kiah dan Reiz saling berpandangan. Mereka kelam kabut naik ke tingkat atas sambil memanggil nama Azizah berkali kali tapi tiada yang menyahut.

"Azizah," panggil Reiz saat dia lihat sekujut tubuh sudah terbaring di atas lantai.

"Telifon Dr. Johan segera Mak Kiah."

Mak Kiah mengangguk. Dia gapai telifon rumah yang ada di tingkat atas dan nombor peribadi seorang doktor ditekan. Setelah memaklumkan kejadian yang berlaku, Mak Kiah turun pula ke dapur untuk mengambil air panas bersama tuala kecil. Tuala itu ditekap perlahan ke muka Azizah hingga gadis itu sedar semula.

Azizah pandang kelibat yang ada di sekelilingnya. Dia nampak wajah risau mereka. Dia nampak wajah gusar Tuan Reiz juga.

"Azizah," panggil Dato Kamilah lembut sambil meremas lengan kanannya. Azizah lihat dia sudah pun berada di atas katil Kak Fina. Air matanya mengalir dengan tiba-tiba tanpa dapat ditahan bila dia mula teringat kenapa dia tiba-tiba rebah tadi. Melihat Azizah menangis, Dato Kamilah dan Reiz jadi bingung sejenak. Apa sebenarnya yang berlaku? Mak Kiah juga tidak faham.

Azizah pandang bekas kaca yang pecah di lantai. Dia rasa bersalah terus.

"Maaf, Azizah rasa pening tadi. Azizah terlepas bekas kaca tu. Biar Azizah bersihkan." Azizah cuba bangun dari baringan tapi dihalang oleh Dato Kamilah.

"Tak apa, Azizah rehat. Nanti Reiz akan bersihkan."

Azizah terpaksa akur dengan arahan itu. Saat dia mendongak, dia nampak bingkai potret yang terletak atas kepalanya. Raut Dean tadi kembali bergentayangan di fikiran. Azizah tahan sebak di dada. Cadar katil itu digenggam perlahan. Hatinya berkocak bila dia mendapat tahu lelaki yang ada dalam hatinya adalah suami orang. Suami kepada kakak tunangnya sendiri.

Arghhhh!! Hanya itu yang dapat dihambur keluar dari bibirnya saat itu.

"Azizah," satu suara memanggil. Azizah buka matanya. "Dia llihat di sebelahnya ada seorang lelaki lain. Lelaki yang dia tak pernah nampak sebelum ini. Dari alat yang tergantung di lehernya, Azizah percaya yang dia adalah seorang doktor.

"Awak ok, Azizah? Ada rasa sakit lagi?"

Azizah menggeleng lemah. Beberapa minit kemudian, Dr. Johan keluar dari bilik itu ditemani Tuan Reiz. Mereka seperti sedang bercakap-cakap tentang sesuatu. Pastinya tentang kesihatan Azizah. Azizah pegang dahinya yang mula terasa panas. Untuk saat itu, dia terasa ingin lari. Lari dari rumah itu. Lari dari Tuan Reiz. Lari dari Dean. Lari dari semua yang ada termasuklah takdirnya sendiri.

******

Seketika kedengaran bunyi kereta masuk ke laman rumah. Azizah pantas mendekatkan diri ke tingkap. Dia nampak sepasang suami isteri keluar dari sebuah kereta bersama seorang budak lelaki lingkungan 7 ke 9 tahun. Azizah terasa ingin pitam semula bila situasi itu muncul di matanya. Dia mendekatkan diri ke cermin. Rambutnya yang kerinting, disebak kemas.

Azizah tahu, dia tak bisa lagi bersembunyi. Dia perlu turun ke tingkat bawah kerana kurang sopan kalau dia sebagai tetamu tak reti nak sambut kepulangan tuan rumah. Ditariknya nafas sedalam mungkin dan dihembus perlahan. Riuh rendah suara orang bercerita di tingkat bawah masuk ke dalam telinga. Azizah paksa kakinya pijak tangga itu satu persatu.

Dato Kamilah berpaling. Dialah orang pertama yang melihat Azizah. Ditariknya tangan gadis itu dan dibawa dekat kepada anak perempuannya. Kak Fina pantas saja memeluk gadis itu tanda kehadirannya amat dialukan. Dalam hati Azizah, makin merayap rasa bersalah. Matanya seakan berkaca. Dia tercari-cari kelibat Dean. Lelaki itu masih ada di luar rumah barangkali.

"Sayang," panggil Kak Fina sebaik saja seorang lelaki melangkah masuk ke pintu. Azizah tidak mahu berpaling melihat figura itu.

"Azizah, ni Dean. Menantu mama." Ringkas pengenalan yang diberikan oleh Dato Kamilah. Dean merapatkan langkahnya ke satu arah. Dan saat itulah Azizah angkat muka dan kerling ke wajah itu. Jelas, Dean terpanar. Tak berkedip matanya memandang Azizah.

"Eh sayang, mata tu jangan nak gatal sangat ya. Ni tunang adik I tau!" sinis Kak Fina seperti mengusik. Dean tersentak. Dia langsung naik ke tingkat atas dengan alasan ingin mandi. Kak Fina menarik tangan Azizah dan mereka sama -sama duduk di sofa.

"Alaxender," Kak Fina memanggil anak lelakinya untuk bersalaman dengan Azizah. Demi menyembunyikan rasa gundah di hati, Azizah cuba juga melayan anak Dean dengan mesra. Dia tidak mahu sesiapa pun perasan dengan perubahan sikapnya pada waktu itu.

"Reiz mana, ma?"

"Dia naik solat jap. Dari tadi dia tunggu Fina."

Kak Fina mengangguk. Lalu, muncullah nama yang disebut-sebutnya tadi. Mereka bersalaman dan berpelukan untuk seketika.

"Pandainya dia cari isteri. Manis cantik adik ipar kakak," bisik Kak Fina. Reiz pantas melirik senyum. Terasa kembang kempis hidungnya saat itu bila mendapat pujian dari kakaknya.

"Mama nak tolong Mak Kiah masak. Seronoknya dapat makan ramai-ramai malam ni." Luah Dato Kamilah. Azizah ingin bingkas tetapi dihalang oleh wanita itu.

"Azizah berbual dengan Kak Fina ya. Jangan risaukan hal kat dapur tu."

Azizah mengangguk. Dia pandang lagi perempuan yang duduk di depannya. Reiz pula sibuk melayan Alexander. Azizah jadi gementar terus. Bimbang dia kalau-kalau Dean turun ke bawah. Di mana dia nak letakkan matanya nanti saat Kak Fina rancak bercerita itu ini? Dia tahu, matanya amat sukar menipu. Dan dia risau kalau-kalau perbuatannya itu menimbulkan tanda tanya di hati yang lain.

Dean kerling mata ke arahnya. Azizah perasan itu namun dia buat macam tak nampak. Setiap Kali Dean kerling mata ke arahnya, Azizah tundukkan muka ke pinggan. Dia memang tak mahu bertatapan mata dengan lelaki itu. Perasaan sayang yang tersimpan di dalam dada sudah berubah menjadi benci. Benci dengan sikap Dean yang berpura-pura bujang padahal sudah ada anak isteri!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience