Bab 8

Romance Series 22677

SEJAK dari tadi, Reiz perasaan Azizah seperti sedang menyembunyikan perasaan hatinya yang paling dalam. Ketika menempah pakaian untuk hari besar mereka tadi pun, Azizah lebih banyak diam dari bercakap. Hati Reiz tak sedap. Dia rasa ada sesuatu yang bermain dalam fikiran Azizah.

"Semua ni terlalu cepat ke bagi awak, Azizah?" soal Reiz sebaik saja mereka masuk ke dalam kereta. Azizah angkat muka dan pandang lelaki di sebelahnya. "Err...," hanya itu yang mampu keluar dari mulut gadis itu. Reiz seakan mengeluh.

"Saya janji, saya akan jaga awak selagi hayat dikandung badan. Saya takkan sia-sia kan awak, Azizah. Saya jatuh cinta pada awak. Tolonglah faham hati dan perasaan saya." Luah Reiz kemudian. Azizah panar. Benarkah lelaki itu jatuh hati padanya? Itu jugalah yang diucapkan Dean dulu. Dan pada saat dia mempercayainya, lelaki itu pergi meninggalkan Azizah bersama luka dan sakit yang sangat dalam.

"Azizah."

"Satu hari nanti, Tuan pasti akan tinggalkan saya." Bidas Azizah, lembut. Reiz pantas menggeleng. Tangan Azizah dipegang.

"Tak. Saya takkan buat macam tu. Percaya saya."

Azizah terhenyak. Bolehlah dia percaya? Dia ingin meletakkan satu harapan di situ tapi hatinya masih ragu-ragu.

"Abang serius ni, Jah. Abang tak main -main. Kalau Jah nak abang bawa jurunikah balik ke rumah orang tua Jah sekarang untuk nikahkan kita berdua, abang akan buat."

"Eh, jangan."

Reiz pandang muka Azizah dengan dahi yang berkerut. Apakah itu satu penolakan? Ah, hati Reiz terasa nak gila. Mereka baru saja keluar dari butik pengantin dan sekarang, Azizah menolak dia? Menolak cintanya?

"Jangan? Kenapa?"

"Janganlah buat kerja gila lagu tu. Sat gi, tak pasai -pasai pak kena serangan jantung. Orang kampung ni fikirannya lain sikit. Kalau menikah mengejut macam tu, mereka akan fikir yang Jah mesti sedang hamil. Pasai tu Jah kelam kabut sangat nak nikah." Jelas Azizah. Reiz terdiam. Sungguh dia tak terfikir pun hal itu. Ya, mentaliti orang kampung memang tak sama dengan mentaliti orang bandar.

Mendengar penjelasan Azizah, hati Reiz jadi lega seleganya. Kini, dia faham kenapa Azizah cemas dengan semua ini. Hanya kerana dia tak mahu cakap-cakap orang kampung berlegar di sekitar hidupnya.

"Jadi Jah setuju la ni... menikah dengan abang?" sambil tanya, Reiz pandang muka Azizah. Gadis itu segera mengalihkan mukanya ke luar. Melihat rona merah di pipi itu, Reiz faham kenapa.

"Amboiii... ayat tu bukan main eh."

Reiz tersengih.

"Jadi sekarang kita cari barang hantaran pula. Jah nak apa? Jah cakap kat abang. Apa yang Jah minta, akan abang tunaikan demi Jah."

Azizah gigit bibir bawah. Idea-idea nakalnya mula bergabung dalam kepala. Semuanya duk pakat nak mengenakan Tuan Reiz.

"Jah nak KLCC, boleh?"

"KLCC?" ulang Reiz terkebil-kebil.

"Maksud Jah, replika?"

"Tak. Jah nak hat yang betui-betui tu. Nak letak kat depan rumah biar orang kampung Jah, hari-hari boleh datang tenguk KLCC." Jawab Azizah, serius. Reiz pandang muka Azizah. Rasa nak dicubit pipi gadis tu.

"Boleh ke tak?"

"Kita bawa Kuala Lumpur teruslah Jah. Letak kat kampung Jah. Nanti orang kampung Jah bukan setakat dapat pergi KLCC, semua tempat yang ada kat Kuala Lumpur tu depa boleh pi."

Hahaha. Azizah ketawa gelihati. Ternyata, lelaki itu punya sifat humor yang dia suka. Untuk seketika, Reiz pandang muka Azizah. Hatinya senang melihat gadis itu ketawa. Entah kenapa, mungkin kerana perasaan kasih dan cinta yang ada dalam jiwa lelakinya. Demi Jah, jangankan KLCC, Menara 118 pun abang sanggup bagi tapi replika la sayang. Hatinya mencelah di dalam diam.

Ting! Bunyi pintu lift terbuka mengetip suasana sunyi. Azizah berjalan terus sebelum membelok ke kanan. Access card dalam beg tangan diraih dan ditekan pada alat biometric yang ada di sisi kirinya. Bunyi pintu kaca dibuka menguasai telinga. Azizah masuk ke dalam ruang pejabat itu. Dia lihat lampu bilik Dean tertutup. Sudah pasti biliknya juga berkunci. Azizah cuba pulas tombol pintu itu tetapi ia tidak terbuka. Azizah seperti ingin menjerit sekuat hati. Berhari-hari dia mencari lelaki itu tetapi lelaki itu lari darinya. Lari dari janji-janjinya sendiri.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience