Bab 12

Romance Series 22677

SUDAH tiba waktu untuk makan malam, Azizah tahu itu. Baru sebentar tadi, Mak Kiah muncul di depan pintu bilik untuk mengajaknya turun makan malam bersama. Azizah pandang wajahnya di cermin. Sejak petang tadi, selepas berbual dengan Kak Fina, dia tak lagi turun ke bawah. Dia tak mahu terserempak dengan Dean tapi untuk saat ini, Azizah tahu dia tak bisa mengelak.

Azizah buka pintu biliknya perlahan-lahan, dia keluar dari bilik itu dengan dada yang bergemetap. Di ruang tamu, semuanya sudah siap menunggu. Azizah duduk di sebelah Dato Kamilah, berdepan pula dengan Dean. Hanya itu tempat kosong yang ada untuknya. Mahu tak mahu, dia harus duduk di kerusi itu.

Dean kerling mata ke arahnya. Azizah perasan itu namun dia buat macam tak nampak. Setiap Kali Dean kerling mata ke arahnya, Azizah tundukkan muka ke pinggan. Dia memang tak mahu bertatapan mata dengan Dean. Perasaan sayang yang tersimpan di dalam dada sudah berubah menjadi benci. Benci dengan sikap Dean yang suka berpura-pura bujang padahal sudah ada anak isteri!

Malam itu, suasana di rumah Dato Kamilah kelihatan begitu ceria. Suara Kak Fina bercerita buat semua yang ada jadi ralit mendengar. Sedang bagi Azizah, dia sudah tidak selesa untuk duduk di situ dalam jangka masa yang lama. Entah kenapa, bau gulai yang dimasak Mak Kiah mengganggu hidungnya. Seketika, dia seperti orang yang mual.

Azizah tahan nasi yang ada di dalam mulut. Mukanya jadi merah serta merta. Mahu tak mahu, dia bergegas bingkas dan berlari menuju ke bilik air. Kak Fina jadi berhenti bercakap. Kini, semua mata yang ada menumpu pada perlakuan Azizah tadi. Dean sudah berasa tak sedap hati. Nasi di pinggannya yang masih berbaki tak mahu dijamah.

Dean bingkas untuk cuci tangan dan langsung naik ke tingkat atas. Dari tangga atas, dia mendengar suara Azizah meminta izin untuk naik berehat kerana kepalanya terasa pusing dengan tiba-tiba. Dato Kamilah mengizinkan. Reiz dipalit rasa bimbang. Dia ingin mendapatkan Azizah tapi nasi di pinggannya masih berbaki.

Azizah jejak tangga ke tingkat atas. Dadanya jadi berdebar terus bila dia lihat Dean tak lagi ada di meja makan. Langkah kaki dicepatkan dan Azizah masuk ke dalam biliknya. Saat pintu ingin ditutup, ada satu tangan yang menahan. Dean! Azizah nampak muka itu dari ruang pintu yang terbuka. Lelaki itu merempuh masuk dengan muka panas.

Azizah tersentak. Lagi lagi bila Dean tolak tubuhnya ke dinding dan mencekak lehernya yang jinjang. Wajah itu benar-benar menyinga. Mata mereka berlaga barang sejenak. Azizah dapat lihat kemarahan Dean yang meluap-luap di dalam dada.

"Aku tak tahu apa tujuan kau datang sini! Apa tujuan kau ada kat rumah ni dan apa tujuan kau rapat dengan abang Reiz! Tapi ingat satu hal, Azizah... kalau kau datang sini kerana nak musnahkan hidup aku. Aku juga akan musnahkan hidup kau. Kau tenguk gambar ni baik-baik sebelum kau buat langkah seterusnya!" Dean campak beberapa keping gambar ke muka Azizah.

"Kau penipu! Kalau aku tahu kau dah kahwin..."

Dean pandang Azizah sinis.

"Aku tak pernah tipu kau, Azizah! Kau yang tak pernah tanya status aku dan sekarang, kau jangan nak salahkan aku!" menekan nada Dean menjawab pertanyaan itu. Azizah rasa tercabar. Dia melangkah laju ke depan dan tubuh lelaki itu dipukul kasar. Hatinya jadi sakit! Dean pegang pipi Azizah dengan tangannya, kasar. Mata jeli itu dipandang dengan renungan yang tajam.

"Aku takkan lepaskan kau dengan mudah kalau kau cuba nak buka cerita tentang kita. Aku tak main -main, Azizah. Jadi, sebelum kau buat apa-apa tindakan, kau fikir dulu tentang nyawa mak ayah kau kat kampung."

Dean lepas tangannya dan berlalu pergi. Azizah terdiam. Air matanya jatuh bergenang. Kepingan gambar di atas lantai, dikutip satu persatu. Apa yang ada dalam gambar itu buat hatinya rasa ingin menjerit! Dia tak sangka yang Dean selicik itu. Rasa tak sanggup dia nak lihat gambarnya sendiri. Gambar tubuhnya yang terdedah tanpa seurat benang di badan.

Tuk! Ketukan di pintu buat Azizah sapu air mata yang berjurai. Gambarnya yang berterabur, dikutip dan disorokkan di bawah bantal. Azizah buka langkah menuju ke pintu. Saat dedaun kayu ditarik, dia lihat Reiz sudah berdiri di depan pintu biliknya dengan wajah yang resah.

"Jah ok ke? Jah nak pergi klinik? Abang boleh bawakan?"

Azizah menggeleng.

"Jah cuma pening sikit je. Jah nak rehat. Badan Jah rasa tak sedap."

Reiz mengangguk. Saat Azizah ingin menutup pintu, lelaki itu sempat mengusiknya.

"Jah, malam nanti tidur, mimpikan abang tau. Jangan mimpi lelaki lain. Abang cemburu."

Azizah cuba ukir senyum di bibir tapi tak terukir. Pintu ditutup. Dan saat itu, dia terfikir pula tentang rencana pernikahannya dengan Tuan Reiz. Adakah lari itu jawapan yang tepat? Azizah bertanya pada dirinya, sekali lagi.

note penulis : I Hate You, Reiz Umair... ready File on 7 February 2022.

"I'm pregnant, Dean." "Shut up! Aku dah bagi kau duit untuk kau gugurkan kandungan tu!! Kenapa kau...," Dean berhenti bercakap bila isterinya dan yang lain-lain masuk ke dalam bilik itu. Dean jadi gementar. Dia cukup takut kalau-kalau Azizah meracau dan menyebut hal yang sama. Dia mesti cari jalan supaya tak terperangkap dalam situasi ini tapi bagaimana? Akal Dean ligat berfikir.

Share this novel

Aisyah Esya
2022-02-11 15:59:26 

mohon update plizzz..lamanya


NovelPlus Premium

The best ads free experience