Bab 2

Romance Series 22677

Azizah kembali tertunduk. Dan dengan perlahan dia menggeleng. Gelengan yang membuatkan dahi Reiz sedikit berkerut.

"Jadi macam mana awak naik ke tingkat atas tu? Awak ada access card. Saya dah lihat CCTV."

Azizah terdiam. Dia seperti masuk ke dalam perangkap yang lebih sukar. Bagaimana dia bisa jelaskan semua itu bila CCTV sudah membongkar rahsianya.

"Awak dapat access card dari mana?"

Azizah tergamam. Dia benar-benar tak tahu nak jawab macammana. Reiz pandang Azizah bila gadis itu memilih untuk diam dari menjawab. Sepertinya ada sesuatu yang gadis itu tak mahu dia tahu.

"Awak nak bunuh diri kan semalam? Kenapa Monara? Kenapa awak pilih, Monara?"

Bibir Azizah terketar nak menjawab. Air matanya jatuh dengan tiba-tiba. Reiz masuk ke satu simpang dan berhenti di bahu jalan. Dia kini memberi sepenuh perhatian kepada gadis di sebelahnya. Rambut yang menutupi separuh wajah itu disebak lembut.

"Somebody hurt you?"

Azizah mengangguk perlahan.

"Dia buat apa?"

Azizah kembali diam.

"Dia sentuh awak?"

Azizah menggeleng. Reiz buang beberapa kemungkinan yang ada dalam otaknya pagi tadi.

"Jadi kenapa sampai nak bunuh diri? Atau awak putus cinta? Patah hati?"

Azizah tidak mahu menjawab pertanyaan itu.

"Kenapa mesti Monara? Kenapa awak pilih untuk buat semua tu di Monara? Atau kekasih hati awak bekerja di Monara? Awak masuk dengan menggunakan access card dia." Tebakan Reiz semakin jauh. Dia pandang Azizah demi sebuah jawapan. Dari riak wajah itu, dia tahu tebakannya hampir tepat.

"Jadi siapa lelaki tu? Siapa nama dia?" Reiz kembali menyoal. Terketar-ketar bibir itu nak sebut satu nama tapi tidak juga tersebut.

"Azizah. Putus cinta itu memang hal yang menyakitkan tapi bukan dia seorang saja lelaki yang ada dalam dunia ni."

Azizah pandang Reiz. Nyata, Reiz tewas dalam renungan itu bila sinaran mata Azizah membakar jiwa lelakinya.

"Umur awak berapa?"

"27."

Reiz mengangguk. Dia menunggu Azizah bertanya balas tentang soal umur. Pada fikirannya, jika gadis itu bertanya soalan yang sama, bermakna Azizah punya rasa tertarik untuk mengetahui tentang dirinya walaupun rasa itu cuma sedikit.

"Umur Tuan?"

"36."

Azizah pula yang mengangguk.

"Saya rasa kita masih belum lagi berkenalan. Saya Reiz Umair." Ucap Reiz sambil hulur tangan kanan untuk bersalaman tanda perkenalan.

"Saya Tun Azizah Binti Tun Musa."

"Nice to meet you, Azizah." Reiz pandang wajah itu seketika saat tangan Azizah digenggam kemas. Perasaan yang bergulut di dalam dada waktu itu sangat sulit untuk diterjemahkan. Azizah tarik tangannya perlahan-lahan bila Reiz masih tidak mahu melepaskannya.

"Jom nikah."
"Huh?" Azizah jelas terpinga. Reiz pantas bangkit dari lamunan.
"Eh tak. Maksud saya, jom balik."

"Baik," Azizah mengangguk. Wajahnya yang merah tersipu kerana malu dengan pertanyaan itu buat Reiz makin jatuh hati pada gadis itu. Perasaan yang bergolak dalam sanubarinya, sesuatu yang sangat sukar untuk ditepis malah tak bisa ditepis. Kalau ini yang dinamakan cinta, dia jadi faham kenapa ada yang sanggup membunuh diri bila cintanya ditolak atau dikhianati.

Selepas makan malam, Reiz duduk di ruang tamu. Satu Hal yang amat jarang berlaku. Selalunya selepas makan, Reiz akan duduk di dalam biliknya sampailah esok pagi. Dah nak pergi kerja, barulah Dato Kamilah akan nampak muka anak lelakinya itu lagi tapi kali ini berbeza. Pastinya kerana Azizah. Kerana Azizah ada di ruang tengah, membantu Mak Kiah mengemas meja makan setelah makan malam mereka selesai.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience