Part 7.

Romance Completed 17579

" Maya okay? " soal Mak Leha prihatin.

Kasihan dia melihat gadis itu diperlakukan sedemikian oleh Sharifah Farhana.

Maya mengangguk perlahan.

" Maya okay " jawabnya.

" Farah memang macam tu. Mujur Emir balik. Kalau tak tadi, teruk Maya dikerjakan " .

" Boleh Maya tahu siapa Farah tu? " .

" Farah tu sepupu Emir. Keluarga dia orang nak satukan dia orang. Tapi Emir tak nak. Farah tu yang tergila-gilakan Emir. Sebab tu Emir pindah rumah. Dia tak suka dipaksa oleh keluarga dia " .

Maya mengangguk faham.

" Maknanya Farah tu marah dengan Maya sebab dia ingat Maya nak rampas Emir dari dia? " .

Mak Leha mengangguk.

" Ha'ah. Dah ramai staf Emir kena macam tu. Emir pun pening. Semua perempuan yang rapat dengan Emir, Farah akan serang. Dia cemburu tak bertempat " .

" Tapi dia tu cantik kan Mak Leha " puji Maya.

" Cantik tu memang cantik. Tapi kalau perangai macam tu pun tak guna jugak Maya " .

" Biasalah Mak Leha. Cinta ni buatkan manusia jadi lupa segalanya " .

" Harap-harap lepas ni dia dah tak kacau Maya lagi " Mak Leha mengusap perlahan bahu Maya.

" Insya Allah tak Mak Leha " .

Mak Leha bersyukur Syed Emir pulang di waktu yang tepat. Jika tidak, teruk Maya dikerjakan oleh Sharifah Farhana. Gadis itu sanggup buat apa sahaja asalkan hatinya puas.

" Maya mana Mak Leha? " soal Syed Emir.

" Maya ada kat dalam bilik. Mak Leha suruh dia rehat " jawab Mak Leha.

Syed Emir mengangguk faham.

" Dia okay tak? " .

" Alhamdulillah dia okay " .

" Emir kesal dengan apa yang Farah dah buat dengan Maya tadi. Dia memang betul-betul dah melampau " .

" Emir macam lah baru kenal Farah tu. Dia kan cemburu bila ada perempuan lain rapat dengan Emir. Lagi-lagi bila nampak Maya dalam rumah ni " .

" Emir tak faham dengan dia tu. Dah terang-terang Emir tolak dia. Emir langsung tak ada perasaan dekat dia. Tapi dia sibuk lagi kacau Emir. Emir rimas. Orang sekeliling Emir yang jadi mangsa " .

Mak Leha tersenyum kelat.

" Nak buat macam mana Emir, cinta tu buat manusia lupa segalanya. Sanggup buat apa saja " .

Syed Emir mengeluh perlahan.

Entah cara apa lagi yang perlu dilakukan agar Sharifah Farhana terima hakikat bahawa dia langsung tidak ada perasaan terhadapnya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience