Part 18. ( ENDING)

Romance Completed 17579

Syed Emir memberhentikan keretanya di sebuah rumah. Setelah puas dia memujuk, akhirnya Mak Leha beritahu juga di mana Maya tinggal. Maya tinggal di rumah lama Mak Leha. Dia bekerja sebagai penjual kuih di tepi jalan.

Syed Emir keluar dari keretanya.

" Assalamualaikum " .

Maya keluar apabila mendengar suara orang memberi salam.
" Wa'alaikumussalam " jawabnya.

Dia terkejut melihat Syed Emir muncul di hadapannya dengan memakai baju Melayu. Dia tahu Syed Emir dan Sharifah Farhana akan bernikah hari ini. Mak Leha memberitahunya.

" Awak baliklah " .

" Maya, Emir tahu Emir salah. Maafkan Emir. Emir mangsa keadaan " .

" Saya maafkan. Dah lama saya maafkan awak " .

" Tolong terima Emir semula " .

" Maaf. Saya tak nak kerja dengan awak lagi " Maya berjalan masuk ke dalam rumah.

" Maya tunggu. Emir cintakan Maya. Emir ikhlaskan cintakan Maya. Tolong terima Emir sebagai suami Maya " .

Langkah Maya terhenti. Dia berpaling menghadap Syed Emir.

" Awak cakap apa ni? Bukan ke awak dah nikah dengan Farah tadi? " .

Syed Emir menggeleng.

" Mana mungkin Emir nak kahwin dengan orang yang Emir tak cinta. Orang sepatutnya Emir kahwin ialah Maya " .

Maya terdiam. Dia juga mengakui dia cintakan Syed Emir. Hatinya sakit apabila Mak Leha memberitahu Syed Emir akan bernikah dengan Sharifah Farhana.

5 bulan telah berlalu. Maya kini sudah bergelar isteri Syed Emir. Sharifah Hapsah juga sudah menerimanya sebagai menantu. Sharifah Farhana pula dimasukkan ke hospital bahagia kerana mengalami gangguan mental.

Syed Hafiq membawa dirinya ke UK. Dia menyesal atas segala perlakuannya terhadap Maya.

" Terima kasih sebab Maya masih sudi terima abang " tangan Maya digenggam kemas.

" Abang, jodoh tak akan pernah salah. Lagipun semua manusia berhak mendapat peluang kedua " .

" Abang sayangkan Maya. I love you sayang " .

" I love you too abang " .

Firman Allah swt : Dan fitnah itu lebih besar (dosanya) dari membunuh. (AL-BAQARAH : 217)

TAMAT

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience