Part 15.

Romance Completed 17579

" Mir, aku boleh terangkan " .

" Terangkan? Kau buat maksiat dalam rumah aku?! " .

" Maya. Dia masuk bilik aku. Lepas tu dia goda aku Mir. Kau tahu kan aku lelaki. Kau tahu kan bila dah kena goda. Aku tak ada niat pun " .

Syed Emir memegang dadanya. Sakit mendengar kenyataan Syed Hafiq.

Maya yang masih lagi di buai mimpi itu dipandang tajam.

" Maya! Bangun! " jerit Syed Emir.

Maya terpisat-pisat. Kepalanya masih lagi berdenyut.

" Maya kat mana ni? " dia terkejut melihat Syed Emir dan Syed Hafiq ada di depannya.

" Apa kau dah buat ni Maya? Apa kau dah buat? " soal Syed Emir.

Benci dia ingin melihat gadis itu. Gadis yang berpura-pura baik dengannya. Hakikatnya dia hipokrit.

" Aku nak kau berambus dari rumah aku " Syed Emir terus menarik tangan Maya.

Dia terus membawa Maya ke muka pintu. Tubuh gadis itu di tolak.

" Emir tolong jangan buat Maya macam ni.. Maya kena perangkap. Emir tolong... Maya tak salah.... Emir.. " rayu Maya.

Kaki Emir dipegang. Minta belas kasihan.

" Mak Leha, cepat ambil semua barang-barang dia " jerit Syed Emir.

Mak Leha terkocoh-kocoh membawa beg Maya. Dia kasihan melihat gadis itu. Seandainya tadi dia tidak ke kedai runcit. Dia tahu gadis itu tidak salah.

Syed Emir mengambil beg di tangan Mak Leha. Beg itu terus dilempar ke arah Maya.

" Mak Leha tolong Maya... " tangis Maya semakin kuat.

Mak Leha hanya mampu menangis. Dia tidak mampu untuk mempertahankan gadis itu.

Syed Emir terus menutup pintu.

" Jangan sesiapa bawa dia masuk lagi dalam rumah ni " Syed Emir terus berlalu ke biliknya.

Mak Leha memandang Syed Hafiq.

" Allah itu maha adil. Suatu hari nanti akan terbukti siapa yang salah dan siapa yang benar. Doa orang yang teraniaya makbul. Jangan lupa, Allah itu ada. Dia nampak segalanya " Mak Leha terus berlalu.

Syed Hafiq terkesan dengan kata-kata Mak Leha. Dia juga kasihan melihat Maya dihalau sebegitu oleh Syed Emir.

Syed Emir meraup wajahnya. Dia tidak sangka Maya tega buat begitu. Selama ini di bodoh kerana mempercayai gadis itu. Sia-sia dia membantu gadis itu selama ini.

Maya mengkhianatinya. Gadis itu sangat kejam. Argh! Dia benci mendengar nama itu. Dasar hipokrit!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience