Part 5.

Romance Completed 17579

" Sayang " .

Syed Emir mengeluh perlahan.

" Nak apa ni Farah? " soalnya dingin.

Farah ialah sepupunya. Keluarga mereka merancang untuk menyatukannya bersama Farah di dalam ikatan perkahwinan.

" I nak jumpa you lah sayang. Dah lama tak jumpa kan " .

" Tapi I tengah kerja. Boleh tak lain kali? " .

" Alah you ni. Banyak alasan. Jom lah keluar " .

" No. You nampak kan I tengah busy ni. Jangan ganggu I. Pergilah balik " halau Syed Emir.

" I mengadu dekat aunty " Sharifah Farhana terus berlalu keluar. Cemberut sahaja wajahnya.

Syed Emir meraup wajahnya. Malas dia mahu melayan perangai gedik Farhana.

" Aunty oh aunty " teriang Sharifah Farhana.

" Eh Farah " Sharifah Hapsah terus melangkah ke arah anak buahnya itu.

" Aunty, Emir tu kan asyik busy jer. Farah pun dia tak layan " adunya.

" Why sayang? " soalnya.

" Tadi Farah pergi office dia. Dia halau Farah balik. Sampai hati dia " .

" Alah sayang. Emir tu busy sikit. Maybe dia stress kot " pujuk Sharifah Hapsah.

" Tapi takkan lah langsung tak ada masa untuk Farah. Dah lah lama tak jumpa " .

" Nanti aunty pujuk Emir ya " .

" Okay. Aunty bila nak hantar rombongan meminang Farah?".

" Nanti aunty bincang dengan uncle ya. Kalau boleh secepat mungkin. Farah tak perlu risau okay " .

" Yeayy, thank you aunty. Farah tak sabar dah nak jadi wife Emir " katanya riang.

" Aunty pun tak sabar nak tengok Farah dengan Emir bernikah " .

" Nanti Farah nak pakai cantik-cantik " .

" Iya sayang. Farah pakai apa pun nampak cantik. Jom kita pergi dapur. Aunty ada buat kek coklat tadi " .

" Jom " .

Sharifah Farhana mengikut Sharifah Hapsah melangkah ke dapur.

Maya termenung sendirian. Dia tidak tahu hendak buat apa. Semua kerja sudah siap. Akhirnya dia membuat keputusan untuk duduk di taman mini.

" Jauhnya termenung " tegur Syed Emir.

Maya tersentak.

" Eh Emir. Dah lama balik ke? " soalnya.

" Baru jer. Emir tengok rumah sunyi jer. Ingatkan Maya lari. Rupanya ada kat sini " .

Maya ketawa kecil.

" Emir ni. Maya nak lari mana. Bukannya ada tempat nak lari pun. Selok belok KL ni pun Maya tak tahu " .

" Yelah mana lah tahu kan. Maya bosan ea? " .

" Sikitlah. Sebab tak ada kerja nak buat " .

" Emir nampak Maya bosan. Takpa nanti kita pergi jalan-jalan dengan Mak Leha sekali " .

" Betul ke? Terima kasih Emir " ucap Maya riang.

" Sama-sama " Syed Emir tersenyum memandang Maya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience